A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, June 21, 2012

Ikhlas

Ikhlas dalam sesuatu perkara sebenarnya amat sukar.

Kita selalu kata kita ikhlas bekerja, demi keluarga. Namun ada ketikanya kita mengharapkan sesuatu imbuhan daripada pekerjaan itu, selain daripada gaji. Kita mengharapkan kenaikan pangkat, anugerah, paling tidak pun pujian. Ianya mungkin tidak dinyatakan secara jelas-hanya terdetik di dalam hati. Namun jelas ikhlas itu tidak 100%. Lalu, bila tidak mendapat  apa yang diharapkan daripada pekerjaan itu, hati jadi tidak puas hati, kecewa dan paling malang bila kita mula mengumpat dan mengata individu lain yang diberi pujian/kenaikan pangkat atau anugerah.

Percayalah, kenaikan pangkat/imbuhan dan pujian bukan segala-galanya dalam hidup ini. Tidak salah merancang peningkatan kerjaya namun jangan sampai ianya menimbulkan rasa hasad sesama kita, jangan sampai mengata orang kerana rasa tidak puas hati. Jangan sampai ianya menjadi keutamaan sampai kita lupa batas dan adab.

Penilaian manusia perlu untuk kebaikan diri namun jangan sampai ianya menjadi perkara utama yang kita risaukan. Jangan sampai kita lupa penilaian dari Yang Maha Besar. Biarlah orang tidak nampak kebaikan dan pengorbanan kita. Ikhlaskan hati dan Allah Maha Mengetahui. Biar Allah yang tentukan balasan dan imbuhan yang paling sesuai dengan kita. Allah Maha Bijaksana.

Sabar, redha dan ikhlas dalam bekerja dan kita tak akan kisah jika tiada pujian melambung asalkan kita laksanakan amanah kita sebaik mungkin. Pengiktirafan manusia itu kita anggap saja sebagai bonus. Kalau ada, Alhamdulillah. Kalau tak ada, tak jadi masalah...:)

Tuesday, June 19, 2012

Keluar

2 minggu berturut saya kerja luar (outstation). Minggu lepas ke Cameron Highland dan hari ini sampai Jumaat saya akan berada di Seremban. Terasa jauh dengan Danish bila selalu tinggalkan dia. Saya dah biasa outstatioan tetapi selepas Ijam pergi, saya seboleh mungkin kurangkan kerja luar. Saya tak nak Danish terabai dan jauh dari saya.

Setiap kali saya keluar, saya terasa sayu pandang Danish. Saya selalu terfikir adakah ini pertemuan terakhir kami. Ajal maut di tangan Allah. Segalanya berkemungkinan. Ada kemungkinan saya tak kembali berjumpa Danish. Saya tak mampu nak fikir macam mana masa depan Danish kalau saya pergi.

Setiap kali tinggalkan dia saya rasa sayu!

Thursday, June 14, 2012

6 tahun

Semalam birthday Danish yang ke-6. Dah lama dia mintak kek 3 tingkat untuk birthday dia. Pelik betul la. Ntah mana dia dapat idea tu pun tak tahu. Saya sediakan kek 2 tingkat je. Kalau nak 3 tingkat masa kahwin nanti. hehehe...Dia setuju sebab takde pilihan lain..

Diah dah kempen pasal birthday dia kat sekolah sejak minggu lepas lagi. Cikgu kata dia selalu countdown berapa hari lagi nak birthday dia...:) Malam semalam kecoh sangat bila siapkan goodies bag untuk kawan2 sekolah dia. Dia memang excited padahal bukan tak biasa pun dengan goodies bag. Tapi mungkin sebab birthday dia kan, tu yang teruja sangat.

Saya takde lah buat celebration giler2 pun, just a simple family dinner. Saya request 1 candle kecil atas kek yang kecil jugak untuk dia. Bila dia tengok, dia bisik kat saya - orang kat sini semua tau ke hari ni birthday dia? Saya angguk je. Dia tanya lagi, diorang tau sebab birthday adik ni masuk newspaper ke? Gelak besar saya..lawak2....senyum simpul dia bila customer meja sebelah wish happy birthday..Sengih dia lagi lebar bila dapat hadiah. Dia tak sangka dapat hadiah sebab awal2 saya dah kata saya tak bagi hadiah, belanja makan je. Jimat kos..hihihihi..

Danish dah semakin besar. Saya juga semakin jauh meninggalkan usia muda. Masa saya bersama dia juga semakin singkat. Semoga Danish menjadi anak yang soleh dan hamba yang bertaqwa. Dia salah satu sumebr bekalan saya di 'sana' nanti.

Semoga kasih sayang dan redha Allah sentiasa bersama Danish Ikhman bin Ridzam..Mama sayang awak!

Wednesday, June 6, 2012

Takut Seh!

Saya takut, berdebar, suspen sume ada..........kenapa?...nanti saya citer..hehehe

p/s: Entry suspen sikit..:)

Saturday, June 2, 2012

Kembara Di Bumi Kelantan

Seminggu balik Kota Bharu macam tak cukup. Lamanya saya tak balik sini menyebabkan saya pening2 jugak nak ingat jalan. Alhamdulillah GPS banyak membantu..:)


Berada di sana membuatkan saya teringat balik semua kenangan balik kampung bersama Ijam. Saya pergi semua tempat yang pernah dia bawa saya sebelum ini. Saya cari makanan yang pertama kali dia perkenalkan pada saya dulu. Itu semua ada nilai sentimental pada saya.

Saya bawa anak2 buah mandi pantai di Pantai Irama. Pantai pertama Danish merasa mandi air laut. Pantai pertama yang saya lawati bila baru2 kahwin dulu. Saya memang suka pantai walaupun tak suka laut. Sebab tu dulu kalau balik Ijam mesti datang ke sini ataupun pantai Sabak. Pantai paling dekat dengan rumah.

Anak2 buah hilang kawalan bila nampak air laut. Masing2 sibuk nak mandi. Bagi je la mandi walaupun tak bawa baju lebih. Nama pun bercuti kan jadi bagi je lah diorang hepi2.. Susahnya nak kawal Danish yang sangat teruja nampak laut. Sudahnya seluar saya basah sampai ke peha jugak. Teringat Ijam layan Danish mandi kat sini dulu.


Nasi Kukus Suriani
Pertama kali makan nasi kukus 7 tahun dulu buat saya rasa sedapnya makan tu. Setiap kali balik KB saya akan cari Nasi Kuku Suriani di sebelah Stadium KB tu. Biarlah orang kata kedai sana ke kedai situ lagi sedap, bagi saya nasi di kedai ini paling sedap. Nasi kukus pertama yang saya makan bersama Ijam. Memang sedap sangat bagi saya..yummy!!


Lok Ching
Pernah dengar nama makanan ni? Ini makanan yang saya kira ada di Kelantan sahaja. Isi ikan yang dicampur dengan tepung (ala2 keropok lekor) yang dibakar memang sedap. Celop dalam sos pedas lagi la masyuk...pertama kali makan di Pantai Sabak dulu. Mula2 memang tak boleh nak agak apa rasa sos tu sebab merah jambu kot warnanya. Bila dah rasa, tiap2 petang saya minta Ijam cari Lok Ching. Saya beli Lok Ching semasa di Rantau Panjang dan bagi anak2 buah rasa. Tak cukup RM10.00 ringgit beli Lok Ching..hihihih...Kat KL takde benda ni..cuma ada kat sini. Comot2 muka budak2 makan Lok Ching....:)


Satu perkara yang saya kagum dengan Kelantan ialah tulisan2 jawi sangat banyak di semua papan tanda perniagaan. Tak kiralah perniagaan apa pun papan tandanya mesti ada tulisan jawi. Usaha yang baik untuk memartabatkan tulisan jawi dan dalam masa yang sama membuatkan kita rasa berada di dalam negeri Melayu Islam. Siapa kata kemajuan dan kemodenan tidak relevan dengan Islam.



Balik ke sini seolah2 mengulangi kenangan saya dan Ijam. I love to be here..cuma jarak yang sangat jauh membataskan saya untuk balik selalu. Sampai bila2 pun saya tetap sayangkan Kelantan. Ada sesuatu yang mengikat saya dengan tempat ini. Saya akan balik semula ke sini suatu hari nanti kerana di sini tempat asal usul jantung hati saya.


Nota: ganbar dari adryduad.blogspot.com & tiapdetik.blogspot.com