A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, April 25, 2012

Ziarah

Sudah lama saya tak menziarah Ijam. Lebih sebulan juga saya tak balik kampung. Hujung minggu lepas saya balik juga ke kampumg walaupun sekejap. Perasaan nak jumpa Ijam menarik2 untuk saya balik.

Berada dekat dengannya membuatkan satu persatu kenangan dulu muncul kembali

Dulu...saya selalu berada di sini menemani dia. Terasa tak sanggup nak tinggalkan dia seorang diri. Duduk berdua berjam-jam lamanya pun tak terasa.

Dulu...saya pernah membayangkan Ijam pergi sementara..akan balik semula bersama saya dan Danish. Di pusara itu saya berangan dan memohon Allah kembalikan Ijam pada saya.

Dulu..di sini saya berkongsi suka duka lawar jiwa saya.

Dulu...di sini air mata saya sering tumpah menahan seribu satu rasa dalam dada.

Hari ini..saya masih berkongsi cerita hidup saya dengan dia..segala kepayahan dan kegembiraan saya kongsikan bersama. Biarlah apa orang nak kata..ianya tak menjadi kudis bagi saya.

Hari ni ..airmata syaa masih lagi sukar ditahan bila berada disisinya.

Hari ini...kaki saya masih terlalu berat untuk melangkah tinggalkan dia di situ..separuh jiwa saya tertinggal di situ.

Hari ini ....kenangan hari pertama menghantarnya dulu ke sini kembali bermain.Semuanya masih segar, jelas dan nyata.

Dulu dan hari ini tiada bezanya..awak tetap dalam hati saya. Kasih awak tiada gantinya. Tersimpan rapi dalam tempat yang paling istimewa.

Hanya kasih sayang dan kenangan kita yang tinggal untuk saya kenang. Awak jauh di mata tetapi selalu dekat di hati saya.

Thursday, April 19, 2012

Bas UiTMJ Terbakar

Bas UITM musnah sama sekali dalam kebakaran dekat Hentian Sebelah kampung Bemban, semalam


JASIN - Empat kakitangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Segamat terselamat selepas bas dinaiki mereka terbakar dekat Hentian Sebelah Kampung Bemban, di KM184 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 1 petang itu disedari pemandu bas universiti, Shamsuri Sentol, 46, yang terbau hangit dari arah belakang. Menurutnya, dia bersama tiga rakannya dalam perjalanan dari Simpang Ampat, Alor Gajah ke UiTM Segamat dan terbau hangit kira-kira dua kilometer sebelum memasuki kawasan hentian sebelah Kampung Bemban.“Saya kemudiannya memberhentikan bas. Selepas diperiksa, ada asap pada tayar di belakang bas dan cuba memadamkannya menggunakan air.“Namun api mula keluar dan berlaku letupan kecil sebelum marak menyebabkan saya terus menghubungi bomba,” katanya, semalam.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Jasin, Rozali Mustafa berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.13 petang dan tiba di lokasi 13 minit kemudian.“Bagaimanapun dalam perjalanan, kami meminta bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh dan Bukit Katil untuk ke lokasi berikutan lokasi kami lebih jauh."Bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian, bas berkenaan terbakar hampir 100 peratus dan api dapat dikawal dalam tempoh lima minit sebelum padam sepenuhnya,” katanya kepada pemberita.


Sumber : Sinar Harian


Wednesday, April 18, 2012

Pertemuan

Lamanya kita tak berjumpa. Cukup lama dah awak tinggalkan saya. Semalam kita dapat bertemu. Sangat bermakna peluang itu walaupun bukan di alam nyata. Hanya dalam alam mimpi yang entahkan betul ataupun sekadar mainan tidur.

Apa yang pasti saya sangat gembira dengan pertemuan itu. Awak masih macam dulu. Pandangan mata, sentuhan kasih awak tetap tak berubah. Masih penuh kasih sayang dan penuh sifat melindungi. Awak masih macam dulu.

Pertemuan itu cuma seketika...tiada kata-kata cuma senyuman dan perlakuan. Itu sahaja. Saya merayu awak jangan tinggalkan saya. Awak tetap melangkah pergi. Jauh dan semakin jauh tinggalkan saya. Awak tinggalkan saya dengan satu pandangan yang saya sendiri tak mengerti. Ada sesuatu yang awak tinggalkan untuk saya fikirkan.

Saya terjaga dengan air mata yang bersisa. Rindunya saya kat awak...