A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, January 31, 2012

Biadap

Manusia setinggi mana pun pendidikan dan kedudukan tapi kalau tiada budi bahasa dan sopan santun, lebih rendah tempatnya dari orang yang merempat dan mengemis. Biar tak berpelajaran tapi jangan kurang ajar.

Bak kata orang, biar miskin harta tapi jangan miskin budi bahasa.

Macam mana orang akan hormat kita kalau kita sendiri tak pandai nak hormat orang.

Thought of the day: Jangan taksub sangat dengan jawatan yang dipegang. Mati nanti tinggal semuanya yang dibawa cuma amalan. Jawatan yang dipegang hari ini boleh mengheret ke dalam neraka kalau tak betul cara amanah dilaksanakan.

Friday, January 27, 2012

Bila rindu...

Sudah lama saya tak balik kampung. Lebih sebulan juga rasanya. Setiap kali hujung minggu ada saja perkara yang perlu diselesaikan. Secara tiba-tiba saya rasa jauh dari Ijam sebab dah lama tak jenguk pusara dia seolah-olah saya melupakan dia. Bukan tak ingat, lupa jauh sekali. Dia tetap di hati saya. Dia yang menaikkan martabat saya menjadi seorang isteri dan ibu.

Saya putuskan balik menjenguk dia. Sekejap pun jadilah. Saya terasa rindu saya yang sangat sarat tiba- menerjah. Lega dapat melawat pusara dia. Lama saya di situ. Bercerita, biarpun dia tak boleh mendengar, mengadu biarpun dia tak boleh lagi memujuk dan bertanya walaupun tiada jawapan yang diterima.Tapi saya rasa dekat dengan dia seolah2 dia ada di sisi.

Berada di sini membuatkan saya teringat saat awal dia meninggalkan saya. Di sini saya melepaskan tekanan di jiwa. Bercerita dan terus bercerita seolah2 dia ada bersama. Tak ada rasa jemu ataupun bosan. Lamanya saya tinggalkan Ijam sendiri di sini. Saya rindu dengan rutin yang dulu. Dan yang pasti, saya rindu dia!

Saturday, January 7, 2012

Aku Kan Abang....

2 hari sebelum sekolah Danish buat rawatan gigi (saya lupa apa nama teknik rawatan tu). Mula2 dia memang macho. Siap menyanyi riang ria sebelum dipanggil. Semua poster dalam klinik tu jadi bahan untuk dia bertanya. Sejam menunggu, sejam jugaklah saya jadi penglipurlara menjawab, menjelaskan dan bercerita tentang macam2. Ada auntie hantar cucu dia puji2 dia pandai, tak takut jumpa dentist. Perlahan kat telinga saya dia jawab 'memanglah..aku kan abang.'..(skrip Upin & Ipin).

Masuk bilik rawatan dia masih ok. Dia boleh gelak2 bila doktor adjust kerusi tu. Half way of the treatment dia masih maintain ok. Tak lama lepas tu dah mula keluar suara syahdu, lepas tu makin lama makin kuat. Sudahnya melalak dia dalam bilik tu. Air mata campur air hidung campur peluh. Hilang dah macho dia kejap tadi.

Treatment lebih kurang 20 minit jadi huru hara. Nurse siap tutup pintu tak nak budak2 kat luar fobia pulak dengar suara Daniah meraung. Hehehe...

Selepas tu bila ditanya kenapa menangis, dia jawab 'betapa pahitnya ubat tu, betapa macam nak koyak mulut adik sebab kena buka besar..betapa tajamnya alat dia.'.

Saya pun jawab la..betapa tadi awak kata awak ni abang la konon...ermmm....





Friday, January 6, 2012

Berubah

Saya berusaha untuk berubah kepada satu fasa yang lebih baik. Ianya tiada kena mengena dengan tahun baru. Tidak perlu bertangguh untuk berhijrah, tidak perlu ada occasion untuk menjadi lebih baik. Ianya lebih bersifat peribadi. Semakin kita dewasa tidak bererti kita semakin bijak mahupun matang. Ada ketikanya tergelincir juga kerana tuntutan nafsu dan kehendak.

Saya harap saya dapat istiqamah dalam hijrah ini. Tidak mahu lagi silap pertimbangan dalam tindakan dan keputusan. Ada banyak lagi perkara yang perlu diutamakan daripada kemahuan dan kehendak naluri.

Saya sedang berusaha menjadi lebih baik. Saya akan berusaha untuk itu walaupun terpaksa kehilangan sesuatu. Saya benar2 mahu berubah. Semoga Allah mempermudahkan jalan saya. Saya tidak mahu jauh dari rahmat dan kasih sayangNya.

Saya bersedia dengan apa jua kemungkinan.