A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, July 8, 2010

Sudah Sampai Masanya

Seawal jam 7.00 pagi hari ini saya sudah bergerak pulang ke kampung di Pontian. Malam semalam mendapat berita abang sepupu saya meninggal dunia dan akan dibawa balik ke kampung - dari Pulau Pinang ke Johor. Beliau meninggal secara tiba2.
Semenjak Ijam meninggal, saya akan cuba sedaya upaya untuk datang berziarah jika berlaku kematian, tidak kiralah sama ada kenalan ataupun saudara mara. Menziarahi mereka yang sedang dalam kesusahan adalah satu ehsan. Ianya meninggalkan kesan perasaan yang tersendiri-sukar untuk diceritakan. Semasa Ijam meninggal dulu, ramai sangat kenalan, saudara mara dan orang2 kampung yang datang berziarah. Ianya satu budi yang saya tak mampu nak balas. Terasa dia disayangi bila ramai yang datang dan berdoa untuknya.


Melihat semua proses 'menyiapkan' sepupu saya kembali bertemu dengan Yang Esa membuatkan saya terkenang pengalaman saya setahun yang lepas. Masih terbayang2 semuanya seolah2 baru semalam. Sampai bila2 pun saya tak kan lupa kenangan itu.


Ketika menatap wajah sepupu saya buat kali terakhir, telinga saya menangkap kata2 dari salah seorang tetamu. Sayang ye...masih muda, segak lagi. Dalam hati saya berbisik..Makcik, inilah ketentuan Allah. Bila sampai masanya untuk pulang, ianya tidak akan tertangguh walau sesaat pun..muda atau tua bukan ukuran. Ijam meninggalkan saya ketika umur baru menjengah 30an. Dia tetap pergi kerana sudah sampai masanya untuk pergi..

Al-Fatihah buat Abd Razak bin Sangat. Semoga tenang di sana dan dalam rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa.

1 comment:

ms.legolas said...

Takziah..semoga dlm rahmat Allah sentiasa..

ms.legolas@nroha