A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, July 21, 2010

Jalan Yang Mana?

Ada banyak kemungkinan yang kita akan silap membuat pertimbangan dan percaturan dalam hidup ini. Ada masanya kita perlu membuat pertimbangan dan pilihan.


Seandainya kita berada dalam situasi seperti analogi di bawah, lalu jalan mana harus dipilih?



JALAN YANG MANA??

Jalan A, sangat mudah-tiada halangan ataupun masalah. Hanya jalan lurus dan tiada cabaran. Namun tiada pemandangan indah untuk dinikmati. Segalanya sangat plain dan hambar.

Jalan B sangat mencabar. Banyak halangan dan boleh dikatakan hampir pasti bahawa diri akan terluka, berdarah mungkin juga tersungkur sebelum sampai ke penghujungnya. Namun di laluan itu ada nikmat2 dan keindahan yang membelai jiwa dan menyenangkan.

Persamaan antara dua jalan ini - tidak diketahui bagaimanakah penghujungnya.Sama ada pengakhiran yang baik, manis,indah atau sebaliknya.

Kewarasan akal dan sifat ehsan mungkin mendesak untuk memilih Jalan A namun hati dan perasaan lebih cenderung kepada Jalan B. Satu situasi biasa bila hati dan akal memainkan peranan. Lalu jalan mana harus dipilih?

Masih relevankah peribahasa "bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian" jika memilih Jalan B sedangkan penghujung jalannya belum tentu senang. Atau perlu memilih Jalan A dan hilang nikmat dan pemandangan indah yang ada di Laluan B walhal penghujung jalan nanti mungkin juga tidak beroleh apa2.

Masih keliru dan tidak tahu jalan mana perlu dituju kerana sekali pilihan dibuat, maka tiada lagi peluang untuk berpatah balik. Satu pertaruhan yang bukan mudah.

Lalu, jalan yang mana perlu dipilih?








Al-Fatihah

Hari ini saya hadir dalam Tazkirah Mingguan BPJI dan Prof mengkhabarkan tentang berita yang Raden Galoh atau Dalilah Tamrin telah meninggal dunia. Saya mengenali beliau melalui buku beliau : Kanser Payudaraku yang dihadiahkan kepada Prof dan Prof meminjamkan kepada saya. Ianya satu sokongan ketika saya sedang bergelut dengan dugaan yang bukan kecil.

Masa untuk beliau pulang sudah tiba dan saya doakan beliau dalam rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa.

Al-Fatihah!






Wednesday, July 14, 2010

Buntu

Hidup ini sangat singkat namun ada ketikanya sangat rumit. Kebelakangan ini saya rasakan hidup saya sangat melemaskan. Saya perlu membuat pilihan dan keputusan yang saya sendiri tak pasti apa yang terbaik. Ada ketikanya saya ingin lari dari keadaan ini dan pada ketika yang lain, saya rasa satu keputusan perlu dibuat segera.

Hati saya berbelah bagi dan saya penat dan letih menghadapai situasi itu sekarang. Hati dan fikiran berperang sesama sendiri. Saya sendiri tak pasti bila dan bagaimana keadaan ini akan selesai.

Saya buntu!

Ya Allah! Jangan Kau duga aku melebihi batas mampu dan sanggupku. Ya Allah! Bila memang Kau duga, aku percaya Kau sayang padaku....





Tuesday, July 13, 2010

Pertanyaan Danish

Sudah beberapa kali Danish bertanya pada saya apakah itu 'Anak Yatim". Saya tidak pasti dari mana dia dapat perkataan tu. Selalunya saya mengelak dengan menjawab "nantilah mama cerita. Mama busy ni". Pertanyaan si kecil ini mengusik perasaan saya.

Tapi bila dah banyak kali bertanya, kasihan pulak rasanya lalu saya jelaskan makna yang sebenarnya. Danish anak yang bijak. Dia boleh faham penjelasan saya dan membandingkan dengan dirinya. "Oh..adik ni anak yatim ke mama, sebab adik takde papa. Papa adik dah meninggal. Adik kena pergi school anak yatim macam kat tv ke mama? adik tak naklah pergi sana ma. Adik nak sleep dengan mama tau". Saya dapat mengagak dari mana dia dapat tahu tentang perkataan 'anak yatim' tu.

Tersentuh saya dengan kata2 dia. Danish sayang...mama takkan tinggalkan awak kat mana2 pun. Saya sanggup pertaruhkan segala yang saya ada hari ini asalkan Danish ada bersama saya sampai bila2. Dia satu-satunya tanda kasih sayang saya dan Ijam.

Malam semalam, sewaktu kami berborak sebelum tido, dia sekali lagi bercakap tentang anak yatim. "Mama, adik rindu papa. Masa adik kecik2 je adik ada papa..sekarang takde lagi".
"Adik ingat muka papa tak?" tanya saya. "Ingat..papa ada janggut, papa ada misai..pakai spec. Papa adik handsome tau. Nanti adik dah besar adik jadi handsome macam papa..barulah ramai awek kan ma..".

Syukur, dia masih ingat pada papanya. Saya akan pastikan dia sentiasa ingat pada papanya biarpun kami kini berbeza dunia. Kasih kami pada Ijam akan tetap subur dalam hati sampai bila2.

Thursday, July 8, 2010

Sudah Sampai Masanya

Seawal jam 7.00 pagi hari ini saya sudah bergerak pulang ke kampung di Pontian. Malam semalam mendapat berita abang sepupu saya meninggal dunia dan akan dibawa balik ke kampung - dari Pulau Pinang ke Johor. Beliau meninggal secara tiba2.
Semenjak Ijam meninggal, saya akan cuba sedaya upaya untuk datang berziarah jika berlaku kematian, tidak kiralah sama ada kenalan ataupun saudara mara. Menziarahi mereka yang sedang dalam kesusahan adalah satu ehsan. Ianya meninggalkan kesan perasaan yang tersendiri-sukar untuk diceritakan. Semasa Ijam meninggal dulu, ramai sangat kenalan, saudara mara dan orang2 kampung yang datang berziarah. Ianya satu budi yang saya tak mampu nak balas. Terasa dia disayangi bila ramai yang datang dan berdoa untuknya.


Melihat semua proses 'menyiapkan' sepupu saya kembali bertemu dengan Yang Esa membuatkan saya terkenang pengalaman saya setahun yang lepas. Masih terbayang2 semuanya seolah2 baru semalam. Sampai bila2 pun saya tak kan lupa kenangan itu.


Ketika menatap wajah sepupu saya buat kali terakhir, telinga saya menangkap kata2 dari salah seorang tetamu. Sayang ye...masih muda, segak lagi. Dalam hati saya berbisik..Makcik, inilah ketentuan Allah. Bila sampai masanya untuk pulang, ianya tidak akan tertangguh walau sesaat pun..muda atau tua bukan ukuran. Ijam meninggalkan saya ketika umur baru menjengah 30an. Dia tetap pergi kerana sudah sampai masanya untuk pergi..

Al-Fatihah buat Abd Razak bin Sangat. Semoga tenang di sana dan dalam rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa.

Tuesday, July 6, 2010

Join Us!



It is our pleasure to invite you to IABC2011 to present your research findings, innovative ideas, latest technologies and up-to-date methodologies in the field of accounting, business and economics. This conference will be held at the Puteri Pacific Hotel, Johor Bahru, Johor, Malaysia.

This conference provides forum for disseminating and exchanging new and innovative research findings, practices and techniques. It is also aimed to promote a better understanding of contemporary issues and solutions to the challenges in a global business environment.


Visit our website for more info.