A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, February 5, 2010

Yang Kelima

Hari ini sepatutnya genap 5 tahun usia perkahwinan aku dengan Ijam. Jodoh kami tak panjang..tak sempat pun menyambut ulangtahun yang kelima.

05 Februari setahun yang lalu, adalah hari terakhir Ijam berada di rumah kami di Segamat. Pada tarikh ini dia berpindah ke rumah makcik (ibu saudara Ijam) di Kota Tinggi. Keputusan dibuat memandangkan keadaan Ijam yang semakin memerlukan perhatian khusus. Aku dengan keadaan aku yang bekerja menyukarkan aku memberikan perhatian penuh pada Ijam. Keputusan itu aku terima tanpa rela. Dia pun pergi kerana terpaksa dengan keadaan. Berkali-kali dia memohon maaf kerana terpaksa meninggalkan aku dan Danish. Airmatanya menjadi saksi tentang kecelaruan perasaannya pada masa itu. Dia perlu membuat pilihan dalam keterpaksaan. Sampai sekarang aku masih menyimpan kiriman-kiriman sms yang dihantar sepanjang perjalanan dia ke Kota Tinggi. Pada hari itu, ulangtahun perkahwinan kami disambut dengan airmata perpisahan tanpa rela. Terasa seperti baru semalam peristiwa itu berlaku. Siapa menyangka, itu sememangnya hari terakhir dia berada di rumah kami dan itu juga adalah ulangtahun perkahwinan kami yang terakhir. Dia tidak kembali lagi untuk selamanya selepas itu.

Tahun ini dan tahun-tahun seterusnya, beginilah keadaannya. Tiada lagi ucapan dan hadiah istimewa sempena ulangtahun perkahwinan kami. Hanya doa agar dia diberikan keampunan dan dilimpahi rahmat oleh ALLAH sentiasa.

Apa yang pasti, menjadi isteri kepada RIDZAM BIN ZAINOL adalah kenangan terindah yang pernah berlaku dalam hidup aku.

2 comments:

Anonymous said...

Jaja,

Tahniah...masih lagi menjadi seorang isteri yang baik...

Balkish

Ms. Legolas said...

menitis airmata membacanya...

i just start reading your old entry .. sayu hati..

semoga Puan Jaja terus tabah..