A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, February 12, 2010

Happy Chinese New Year

Hujung minggu ini bercuti panjang sebab Chinese New Year..best..best..cuti sampai Selasa...Tapi, Rabu sampai Sabtu ada meeting + bengkel kat Melaka..huhuhu...seminggu la takde kat opis..Tak best betul rasanya nak tinggalkan Danish lama2. Nak buat macam mana kan..Yang penting, malam ni cabut balik kampung... Yabedabedooo...!!!

Kepada warga UiTM Johor yang menyambut CNY, Wish u all for a fun filled and prosperous Chinese New Year!

Wednesday, February 10, 2010

Travelog Cinta Abadi

Alhamdulillah....Akhirnya aku berjaya juga menyudahkan membaca manuskrip Travelog Cinta Abadi. Itupun setelah berkali-kali ditanya oleh pengurus penulis..:) Kesibukan kerja kebelakangan ini menghadkan peluang untuk meneruskan pembacaan manuskrip tersebut.

Pertama kali ditawarkan untuk menjadi antara orang terawal yang dapat membaca manuskrip tersebut, aku rasa pengurus penulis dah tersalah orang. Alahai....Takkanlah orang biasa2 macam aku ni boleh memberikan komen yang bijaksana. Menulis pun setakat hanya di blog peribadi tetapi berhajat nak menilai tulisan orang lain. Tetapi pengurus penulis ni pandai meyakinkan orang [patutlah jadi pengurus..:)]. Akhirnya aku bersetuju. Terima kasih atas peluang ini.

Aku tidak pandai menulis ayat berlapik bahasa mahupun pujian melampau, namun apa yang aku catat di sini adalah catatan ikhlas dari rasa hati dan persepsi seorang pembaca yang biasa2 yang tidak mengenali siapa penulisnya.

"Travelog Cinta Abadi - sebuah karya yang ringkas, bersahaja namun amat menarik. Jalan cerita disusun kemas menjadikan setiap bab mempunyai daya tarikan tersendiri sehingga membuatkan hati ingin terus membaca hingga ke penghujungnya. Ianya satu nukilan dan penulisan yang sangat jujur. Membaca travelog ini umpama melihat sebahagian daripada cerita hidup saya sendiri...kisah budak kampung. Penceritaan yang ikhlas membuatkan setiap kisah di dalam travelog ini terkesan dalam hati. Ianya juga sebuah karya yang memperlihatkan kasih sayang Yang Maha Esa kepada hambanya".


Tuesday, February 9, 2010

Jacques Yves Costeau

Mr.Jacques Yves Costeau
Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk
ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya. Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam.
Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu bermaksud "Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu' [19] "Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya"[20].
Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 "Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya". Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut.

Mr. Costeau terpesona mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak dan benar. Beliau telah memeluk Islam kemudiannya. Allahuakbar!

Antara gambar-gambar yang dirakam oleh Mr Costeau

Friday, February 5, 2010

Yang Kelima

Hari ini sepatutnya genap 5 tahun usia perkahwinan aku dengan Ijam. Jodoh kami tak panjang..tak sempat pun menyambut ulangtahun yang kelima.

05 Februari setahun yang lalu, adalah hari terakhir Ijam berada di rumah kami di Segamat. Pada tarikh ini dia berpindah ke rumah makcik (ibu saudara Ijam) di Kota Tinggi. Keputusan dibuat memandangkan keadaan Ijam yang semakin memerlukan perhatian khusus. Aku dengan keadaan aku yang bekerja menyukarkan aku memberikan perhatian penuh pada Ijam. Keputusan itu aku terima tanpa rela. Dia pun pergi kerana terpaksa dengan keadaan. Berkali-kali dia memohon maaf kerana terpaksa meninggalkan aku dan Danish. Airmatanya menjadi saksi tentang kecelaruan perasaannya pada masa itu. Dia perlu membuat pilihan dalam keterpaksaan. Sampai sekarang aku masih menyimpan kiriman-kiriman sms yang dihantar sepanjang perjalanan dia ke Kota Tinggi. Pada hari itu, ulangtahun perkahwinan kami disambut dengan airmata perpisahan tanpa rela. Terasa seperti baru semalam peristiwa itu berlaku. Siapa menyangka, itu sememangnya hari terakhir dia berada di rumah kami dan itu juga adalah ulangtahun perkahwinan kami yang terakhir. Dia tidak kembali lagi untuk selamanya selepas itu.

Tahun ini dan tahun-tahun seterusnya, beginilah keadaannya. Tiada lagi ucapan dan hadiah istimewa sempena ulangtahun perkahwinan kami. Hanya doa agar dia diberikan keampunan dan dilimpahi rahmat oleh ALLAH sentiasa.

Apa yang pasti, menjadi isteri kepada RIDZAM BIN ZAINOL adalah kenangan terindah yang pernah berlaku dalam hidup aku.

Monday, February 1, 2010

Gagal

Hari ini merupakan permulaan minggu yang kurang baik bagi aku. Serasa diri aku gagal melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sedangkan kalau mengikut waras akal ianya adalah sesuatu yang sangat mudah.
Entah di mana silapnya aku pun tak tahu. Segalanya telah aku sediakan seawal yang mungkin, tetapi di saat-saat akhir masalah lain menimpa dan akhirnya aku merasakan aku gagal dalam tugasan aku. Kegagalan ini ada bersangkut paut dengan pihak-pihak lain tetapi aku lebih suka menyalahkan diri aku sendiri. Memang itu sikap aku. Entah sikap baik ke buruk aku pun tak tahu. Makin lama aku fikirkan, makin nampak jelas kelemahan dan kekurangan aku sendiri.
Yang pasti, ada sesuatu yang Allah ingin aku pelajari dari pengaaman hari ini... Aku semakin berhati-hati dengan setiap perancangan yang aku lakukan.
Satu pengajaran yang amat berguna untuk aku. Namun rasa bersalah dan malu pada bos sangat2 aku rasakan sehinggakan nak dengar suara dia melalui telefon pun aku tak sanggup!