Mengajar anak kecil untuk belajar memang sukar. Ianya pernyataan melalui pengalaman.
Mengajar Danish membaca memang boleh buat darah saya naik ke kepala. Danish is a playful boy. Untuk dia duduk dan fokus membaca sangat susah. Kalau dia boleh duduk dan baca satu perenggan tanpa acara selingan memang dah cukup baik. Sesi mengajar dan belajar selalunya berakhir dengan sesi air mata dan sedu sedan Danish sebab kena marah. Kesabaran saya menipis bila mengajar dia membaca.
Berbeza bila belajar Matematik dan Sains. Dia boleh habiskan 10 muka surat buku aktiviti Matematik tanpa banyak songeh. Minat dia lebih pada nombor berbanding huruf agaknya. Tetapi, macam mana nak buat Matematik kalau tak boleh membaca arahan.
I have to think ways to catch his interest in reading and spelling..
fikir..fikir..fikir..cepatlah datang wahai idea..
Bukan senang jadi cikgu tadika segera ni..:)
1 comment:
assalamualaikum wbt, saya pernah masuk dan baca blog puan melalui blog pn maznah salimin. sekadar berkongsi idea utk bantu anak pn membaca (BI). mb anak pn boleh cuba didedahkan dengan mengizinkan dia melihat 'phonic song'-cuba cari kat youtube dan website ini: http://www.oxfordowl.co.uk/. Anak sy muda setahun dari danish, alhamdulillah dapat membaca dgn baik skrg (BI) (maaf kami di uk skrg). tp mb anak sy x dpt membaca BM dgn baik sebab dia mula bersekolah di sini sejak umur 3 thn. mb pn boleh dedahkan anak pn dgn website kat atas. atau pn boleh tgk kt sini http://www.icanteachmychild.com/6-years/~sekadar cdgn~
Post a Comment