A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, September 28, 2012

Susahnya...

Mengajar anak kecil untuk belajar memang sukar. Ianya pernyataan melalui pengalaman.

Mengajar Danish membaca memang boleh buat darah saya naik ke kepala. Danish is a playful boy. Untuk dia duduk dan fokus membaca sangat susah. Kalau dia boleh duduk dan baca satu perenggan tanpa acara selingan memang dah cukup baik. Sesi mengajar dan belajar selalunya berakhir dengan sesi air mata dan sedu sedan Danish sebab kena marah. Kesabaran saya menipis bila mengajar dia membaca.

Berbeza bila belajar Matematik dan Sains. Dia boleh habiskan 10 muka surat buku aktiviti Matematik tanpa banyak songeh. Minat dia lebih pada nombor berbanding huruf agaknya. Tetapi, macam mana nak buat Matematik kalau tak boleh membaca arahan.

I have to think ways to catch his interest in reading and spelling..
fikir..fikir..fikir..cepatlah datang wahai idea..

Bukan senang jadi cikgu tadika segera ni..:)


Thursday, September 13, 2012

Syukur


Syukur Alhamdulillah..

Danish berjaya dalam ujian ke Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB). Ujian kemasukan pada bulan Ramadhan lalu. Melihat kepada jumlah calon dan kapasiti yang ditawarkan, peluangnya 50-50. Setiap kali berdoa, saya mohon yang terbaik untuk Danish. Kalau SRAB yang terbaik untuknya, Engkau permudahkanlah Ya Allah.

Saya sampaikan khabar gembira itu kepada Danish. Tiada reaksi teruja ataupun gembira. Oh yeke?...itu aje respond dia..alahai..kanak2 sekecil itu mungkin tak kisah kena pergi ujian dan tak kisah pun dengan result ujian..:)

Bila malam, saya katakan pada dia, dia akan ke sekolah SRAB sebab saya tak berkemampuan untuk menjemput dan menghantarnya untuk sekolah kebangsaan dan agama. Saya terikat dengan waktu bekerja. Dia nampaknya faham dan tak kisah pun. Saya bertawakal untuk dia pergi dan balik ke sekolah dengan van.

Sebelum tidur, dia reconfirm memang betul ke dia kena sekolah SRAB
- Ma, adik memang kena sekolah SRAB ke?
- Yelah..nanti Mama pergi daftar barulah Adik sekolah sana. Kenapa?
- Takde apa-apa.. sebenarnya adik tak pandai eja bintang dengan papaya masa ujian tu
- Ada soalan kena mengeja bintang dengan papaya ke hari tu?
- Ha'ah ada, tapi adik tak eja. Adik tak tahu nak eja.

Dah lama kot ujian tu, baru hari ini dia pecah lobang yang ada soalan yang dia tak boleh jawab..
Alahai Danish...Syukur dia masih terpilih ke sekolah itu..