Alhamdulillah, hari ini hari ke-3 kita semua berpuasa Ramadhan.
2 hari yang lepas, Danish berpuasa seperti yang sepatutnya. Dia mampu bertahan sehingga waktu berbuka.
Dari segi fizikal, dia tidaklah lembik, lepak atau keletihan. Cuma mulutnya bising merengek nak makan.
Hari pertama
Danish bersahur dengan mata tertutup. Makan bersuap atas riba. Payahnya nak buka mata. Saya paksa makan bimbang esok dia kelaparan. Dia bertahan dan selamba jer sampai la pukul 3.00 petang dia mula berkira2 berapa jam lagi nak berbuka. Setengah jam sekali dia tanya berapa lama lagi nak berbuka. Dia dah hilang dokus dah. Aza bawa dia keluar rumah. Buat pondok kecil - saja nak bagi dia leka dan lupa pasal lapar. Pukul 6.00 saya bawa dia ziarah Ijam. Merengek dan menitis airmata dia mengadu "Papa adik lapar..perut adik dah kempis. Mama kata sebulan kena puasa. Kalau hari-hari lapar macam ni adik boleh mati"..saya biar je dia mengadu. Dengarkan je cerita dia kat Ijam.
Dalam pada merengek dan menangis dia sampai juga ke waktu berbuka. Kembang kuncup hidung dia bila dipuji hebat sebab boleh bertahan. saja je puji bagi semangat untk berpuasa esok. sambil2 puji tu ungkit jugalah kisah dia menangis nak berbuka. terus tarik muka masam...:)
Hari Kedua
Bersahur dah boleh dikejut tetapi masih perlu bersuap. Bezanya, sudah agak bersemangat. Hari kedua, pukul 11.00 pagi dah merengek nak makan. Layan je kerenah dia asalkan dia lupa pasal nak buka puasa. Bawa dia ke pondok kecil dia dan mewarna buku spiderman pun saya layankan jugak. Petang saya bawa dia ke bazar untuk gembirakan hati dia. Alhamdulillah, sampai jugak ke waktu berbuka.
Baru 2 hari saya layan kerenah dia berpuasa. Setakat ini masih boleh bertahan.Tunggulah entah apa lagilah episod drama dia 3 minggu akan datang. Dia bertahan untuk berpuasa mungkin disebabkab oleh "Log Puasa Saya" yang cikgu dia sediakan. Ianya menjadi pembakar semangat untuk dia berpuasa. Setiap kali dia berpuasa saya akan tanda (/) dan kalau tak puasa kena tanda (X). Dia bimbang malu bila banyak tak puasa nanti.Bagus juga inisitaif ini..
2 comments:
Salam untuk puan. Saya rasa dua jam lebih saya membaca kisah puan. Mata saya sudah bengkak dan perit rasanya dgn airmata mengikuti kisah puan bersama suami dan anak. Inilah pertama kali saya menulis kerana terpanggil utk memaklumkan kpd puan betapa saya rasa tersentuh dan ingin menyatakan terimakasih atas pengkongsian cerita kehidupan puan dari hati sanubari. Ia insyaAllah membawa banyak iktibar dan keinsafan ... Tentu sekali saya mendoakan puan dan anak dalam rahmat Allah dan perlindungannya.. salam ukhuwah dan salam Ramadhan almubarak.
Salam, semoga Ijam tenang di sana dengan doa dari anak yang soleh.
Post a Comment