Hari ini 11 Ramadhan. Sudah 11 hari Danish berpuasa tanpa sekalipun meninggalkan sahur. Alhamdulillah..
Saya pun tak sangka dia boleh bertahan berpuasa. Merengek nak makan pun dah kurang. Dia semakin teruja bila jumlah hari dia berpuasa semakin bertambah. Setiap hari dia akan semak log puasa dia.
Seronoknya kalau Ijam ada bersama melalui pengalaman pertama anak dia berpuasa. Saya tak tahu apa yang akan Ijam buat untuk reward Danish sebab berpuasa. Mungkin akan dibawa ke bazaar, mungkin dibelikan bunga api, mungkin menambah koleksi kereta hotwheel..segalanya mungkin. Saya yakin kalau Ijam ada dia mesti akan beri reward pada Danish. Dia sangat pandai mengambil hati dan menggembirakan orang lain.
Suatu hari, Danish bercakap sesuatu yang sangat menyentap hati dan perasaan saya. Dia nak solat tarawikh di masjid macam Wafi yang ikut papanya ke masjid. Dia bertanya pada saya dia tak boleh tarawikh di masjid sebab dia tak ada papa ke?
Bukan sayang, bukan itu sebabnya. Ramai orang di masjid nanti Adik susah nak cari Mama. Mama kat tempat girl, Adik kat tempat boy. Lagipun solat tu lama, nanti kaki adik penat. Nanti bila dah besar, tulang dah kuat, kita solat kat masjid ye. Sekarang ni, solat dengan Mama aje kat rumah, boleh?
Alhamdulillah dia masih boleh dipujuk. Dalam masa yang sama saya pujuk diri sendiri agar air mata jangan jatuh menitis!
Ramadhan menerbitkan satu perasaan yang sangat sukar untuk saya jelaskan. Mengenangkan Ijam, melihatkan Danish menjadikan hati saya tak keruan.
Tuesday, July 31, 2012
Monday, July 23, 2012
Cerita Puasa
Alhamdulillah, hari ini hari ke-3 kita semua berpuasa Ramadhan.
2 hari yang lepas, Danish berpuasa seperti yang sepatutnya. Dia mampu bertahan sehingga waktu berbuka.
Dari segi fizikal, dia tidaklah lembik, lepak atau keletihan. Cuma mulutnya bising merengek nak makan.
Hari pertama
Danish bersahur dengan mata tertutup. Makan bersuap atas riba. Payahnya nak buka mata. Saya paksa makan bimbang esok dia kelaparan. Dia bertahan dan selamba jer sampai la pukul 3.00 petang dia mula berkira2 berapa jam lagi nak berbuka. Setengah jam sekali dia tanya berapa lama lagi nak berbuka. Dia dah hilang dokus dah. Aza bawa dia keluar rumah. Buat pondok kecil - saja nak bagi dia leka dan lupa pasal lapar. Pukul 6.00 saya bawa dia ziarah Ijam. Merengek dan menitis airmata dia mengadu "Papa adik lapar..perut adik dah kempis. Mama kata sebulan kena puasa. Kalau hari-hari lapar macam ni adik boleh mati"..saya biar je dia mengadu. Dengarkan je cerita dia kat Ijam.
Dalam pada merengek dan menangis dia sampai juga ke waktu berbuka. Kembang kuncup hidung dia bila dipuji hebat sebab boleh bertahan. saja je puji bagi semangat untk berpuasa esok. sambil2 puji tu ungkit jugalah kisah dia menangis nak berbuka. terus tarik muka masam...:)
Hari Kedua
Bersahur dah boleh dikejut tetapi masih perlu bersuap. Bezanya, sudah agak bersemangat. Hari kedua, pukul 11.00 pagi dah merengek nak makan. Layan je kerenah dia asalkan dia lupa pasal nak buka puasa. Bawa dia ke pondok kecil dia dan mewarna buku spiderman pun saya layankan jugak. Petang saya bawa dia ke bazar untuk gembirakan hati dia. Alhamdulillah, sampai jugak ke waktu berbuka.
Baru 2 hari saya layan kerenah dia berpuasa. Setakat ini masih boleh bertahan.Tunggulah entah apa lagilah episod drama dia 3 minggu akan datang. Dia bertahan untuk berpuasa mungkin disebabkab oleh "Log Puasa Saya" yang cikgu dia sediakan. Ianya menjadi pembakar semangat untuk dia berpuasa. Setiap kali dia berpuasa saya akan tanda (/) dan kalau tak puasa kena tanda (X). Dia bimbang malu bila banyak tak puasa nanti.Bagus juga inisitaif ini..

Thursday, July 19, 2012
Salam Ramadhan
Ramadhan datang lagi.
3 tahun dulu, saya menyambut Ramadhan dengan perasaan yang sangat hiba. Menyambut Ramadhan dalam edah bukan sesuatu yang mudah. Ianya satu pengalaman yang mengajar saya erti kasih sayang Allah, erti redha dan sabar. Setiap kali terkenangkan kisah itu, semakin terasa betapa luasnya kasih sayang Allah untuk hamba-hambaNya.

Lusa Ramadhan akan muncul, Insyaallah...Ia bulan penuh kerahmatan dan kemuliaan. Semoga rahmat dan berkat Ramadhan terus kekal dalam kehidupan kita semua.
Salam Ramadhan 1433H dari saya & Danish buat semua
Subscribe to:
Posts (Atom)