A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, March 26, 2012

Kisah Sebatang Pensel

Saya ingin berkongsi sebuah cerita dari rakan maya saya. Ianya mungkin kisah biasa-biasa tetapi bagi saya ianya satu 'pujukan' Allah untuk saya memadam rasa sakit hati dan marah yang sedang bersarang dalam hati dan selebihnya, ianya satu peringatan untuk diri saya sendiri. Ianya sangat signifikan buat saya. Semoga ada manfaat kepada kita.

KISAH SEBATANG PENSEL

Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.
“Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Tulis tentang pengalaman ibu?”
“Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini.”

“Apa yang istimewanya tentang pensel ini?" tanya si anak.
“Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini, walaupun sebatang pensel, ada lima
Nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?”
“Ya ibu.”

Pertama, pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini, jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing tingkah hidupmu, iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendakNya.

Kedua, ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan cantik tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga, pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah, namun kita boleh memadamkan dan membetulkan tulisan itu semula. Begitulah ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

Keempat, tahukah anak ibu manakah yang lebih penting, luar atau isi pensel ini? Sudah tentulah arang atau karbon di dalamnya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

Kelima, pensel ini selalu meninggalkan tanda atau kesan goresan. Begitu juga kamu, apa saja yang Kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau orang lain. Ibu berharap kamu akan Selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.


Dipetik dari Majalah Solusi isu #35

No comments: