A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, May 6, 2010

Lidah Yang Lembut

Ada kalanya lidah manusia boleh menjadi lebih tajam dan menyakitkan dari mata pedang. Ia boleh menjadi penyebab seseorang tu berdukacita, hampa, tersinggung, suka, ceria dan sebagainya. Lebih menakutkan apabila lidah berbicara tatkala akal dikawal oleh kemarahan dan hati dipengaruhi hasad dengki. Tidak hairanlah jika lidah boleh menyebabkan manusia terus memburu dendam dan saling bermusuhan antara satu sama lain.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.”(riwayat Bukhari dan Muslim)

Pernyataan ini amat menarik perhatian saya:
Rasulullah pernah ditanya tentang sebesar-besar perkara yang menyebabkan manusia masuk neraka. Lalu baginda meyebutkan dua perkara iaitu mulut dan kemaluan. Yang dimaksudkan mulut adalah bahaya lidah.
Anas bin Malik pernah meriwayatkan hadith daripada Rasulullah yang menyebutkan bahawa tidaklah teguh seorang hamba sehingga teguh hatinya, dan tidaklah teguh hatinya sehingga teguh lidahnya, Dan tidak masuk syurga, orang yang tetangganya tidak aman dari kejahatannya. Oleh itu, Islam menganjurkan kata-kata yang memberi faedah atau diam kerana kesalahan anak Adam yang paling banyak itu pada lidahnya.

Ianya merupakan peringatan peribadi untuk saya. Elakkan berbicara jika tidak perlu. Fikir sebelum bercakap jangan sampai ada yang tersinggung dan timbang-timbang dahulu sebelum berbicara jangan sampai nanti terbit dosa. Satu azam baru bercambah dalam hati.

Apa yang perlu kita buat bila hati terguris dek kata-kata pahit dari lidah yang jahat? Bagaimana merawat rasa duka yang bertunas dek lidah yang tidak beradab?

Tepuk dada tanyalah iman..Allah S.W.T adalah sebaik-baik tempat untuk berserah.

1 comment:

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Tazirah yang baik.. manfaatkan utk ummah. maafkan saya kalau lidah saya mennyinggung anda.