Sehari dua ni saya rasa sangat malas. Malas nak membaca, malas nak jahit manik, malas nak drive dan malas segala-galanya. fikiran juga kurang kreatif sedangkan saya berdepan dengan dateline 2,3 projek yang perlu diselesaikan segera.
Ada ketikanya jantung berdegup laju, seakan berdebar2 sehingga ada ketikanya tangan saya basah dengan peluh. Mungkin ini disebabkan oleh keadaan fizikal yang semakin 'mengembang' ataupun simptom penyakit? Entahlah..ini cuma andaian saya saja.
Yang pastinya sang malas masih lagi bermaharajalela dalam diri saya dan kini saya rasa malas nak menulis...:(
Thursday, May 20, 2010
Wednesday, May 19, 2010
Happy Birthday
Hari ini ulangtahun Prof yang ke-46. Majlis tazkirah mingguan diadakan seperti biasa bersekali dengan sambutan ulangtahun Prof.
Sewajarnya perjalanan hidup yang singkat ini diisi dengan kebaikan-elakkan penganiayaan sesama manusia dan lebih mendekatkan diri dengan Allah. Satu pesanan yang ringkas tetapi sangat signifikan.
Selamat ulangtahun yang ke-46 Prof. Semoga dalam rahmat dan lindungan Allah sentiasa.
Prof melihat ulangtahun/hari jadi sebagai satu peringatan bahawa kita semakin hampir dengan kematian. Masa yang ada untuk menemui mati menjadi lebih singkat dari masa yang telah dipinjamkan sebelum ini - satu pendekatan dan falsafah baru dalam menghargai umur yang dipinjamkan.
Sewajarnya perjalanan hidup yang singkat ini diisi dengan kebaikan-elakkan penganiayaan sesama manusia dan lebih mendekatkan diri dengan Allah. Satu pesanan yang ringkas tetapi sangat signifikan.
Selamat ulangtahun yang ke-46 Prof. Semoga dalam rahmat dan lindungan Allah sentiasa.
Prof & Kak Roza
Kek 'air tangan' Kak Roza
Bersama sebahagian jemputan yang hadir
Monday, May 10, 2010
c.E.R.i.A.
Hagemaru, Fukuchan & Detective Conan
Antara cerita2 favorite Danish
Astro Ceria adalah siaran TV kegemaran Danish - sebab memang channel untuk budak2. Setiap malam dia akan minta untuk menonton kartun walaupun saya yakin sepanjang hari di rumah pengasuh pastinya dia melekat dengan siaran tersebut. Ada ketikanya dia boleh dibawa berunding tapi ada ketikanya dia menggunakan kuasa 'mulut bisingnya' untuk dapat menonton rancangannya. Bingit teliga dengar mulut dia tak henti2 minta ditukarkan siaran tv. Dia tahu semua tajuk cerita di siaran tersebut. Tunjukkan saja gambar dan tanyalah tajuk ceritanya, dia boleh menjawab dengan tepat.
Satu kekurangan Danish, dia masih belum dapat mengenal semua nombor jadi dia belum pandai tekan remote control untuk cari siaran tersebut. Selalunya dia main hentam je apa2 nombor dan ada kalanya mengena juga. Ianya menjadi masalah apabila saya sedang bersolat ataupun di dalam bilik air, dia akan merengek2 tanpa henti untuk dibukakan siaran tersebut.
Oleh itu, saya ajarkan dia tekan punat2 remote control. Dia boleh mengingati butang2 remote yang perlu ditekan hanya dengan sekali ajar dan kini lebih mudah sebab dia dah boleh tekan sendiri. Lega bila dia tak menggangu sangat semata2 kerana remote. Saya fikir ianya menyelesaikan masalah, tapi masalah lain pulak timbul..dia tukar channel ikut suka hati dia je..aduhai..sedang melayan perasaan menonton cerita tiba2 je jadi cerita kartun..potong feel betul! Apa yang telah saya buat tu adalah penyelesaian jangka pendek yang kurang cerdik rupanya. Lepas ni kena fikir kaedah yang lebih cerdik...:)
Sunday, May 9, 2010
Selamat Hari Ibu
Hanya mereka yang terpilih sahaja boleh membawa gelaran Ibu. Meskipun ramai yang mahu dan inginkan gelaran tersebut, namun tidak semua akan mendapatkannya. Oleh itu, mereka yang sudah dianugerahi gelaran tersebut perlu menghargainya.
Hakikatnya bukan mudah menyandang gelaran tersebut, apatah lagi apabila amanah yang diberikan memberikan ujian yang bukan sedikit. Saya kagum dengan ibu2 di luar sana yang sanggup berkorban jiwa dan raga bagi memastikan kesejahteraan anak2. Bergelumang dengan suka dan duka serta bergelut dengan seribu kepayahan bagi memberikan yang terbaik untuk anak2.
Hati tersentuh tatkala membaca kisah ibu2 yang diabaikan anak sendiri. Lebih memilukan bila si anak yang dahulunya dibelai dan dimanja kini mencaci dan mendera ibu sendiri. Saya memohon perlindunganNya dari melakukan dan diperlakukan sebegitu rupa.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu saya, Rugayah Jono, ibu mentua Rakbi Daud dan Puan Hasnah - ibu saudara Ijam yang seperti ibu kandung juga. Doa, pengorbanan dan sokongan mereka yang sering mengiringi perjalanan hidup saya amat saya hargai. Semoga insan2 istimewa ini dalam rahmat Allah sentiasa.

Friday, May 7, 2010
M.E.I
Perubahan besar telah berlaku dalam sejarah hidup saya di bulan Mei dan saya masih lagi hidup dalam kenangan itu. Hati mudah benar tersentuh dan terusik tatkala kenangan di bulan Mei itu menjengah.
Saya masih lagi terasa segarnya kenangan itu walaupunpun bulan Mei yang dulu telah lama berlalu dan Mei di tahun yang baru ini sudah mula menjengah...Thursday, May 6, 2010
Lidah Yang Lembut
Ada kalanya lidah manusia boleh menjadi lebih tajam dan menyakitkan dari mata pedang. Ia boleh menjadi penyebab seseorang tu berdukacita, hampa, tersinggung, suka, ceria dan sebagainya. Lebih menakutkan apabila lidah berbicara tatkala akal dikawal oleh kemarahan dan hati dipengaruhi hasad dengki. Tidak hairanlah jika lidah boleh menyebabkan manusia terus memburu dendam dan saling bermusuhan antara satu sama lain.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.”(riwayat Bukhari dan Muslim)
Pernyataan ini amat menarik perhatian saya:
Rasulullah pernah ditanya tentang sebesar-besar perkara yang menyebabkan manusia masuk neraka. Lalu baginda meyebutkan dua perkara iaitu mulut dan kemaluan. Yang dimaksudkan mulut adalah bahaya lidah.
Anas bin Malik pernah meriwayatkan hadith daripada Rasulullah yang menyebutkan bahawa tidaklah teguh seorang hamba sehingga teguh hatinya, dan tidaklah teguh hatinya sehingga teguh lidahnya, Dan tidak masuk syurga, orang yang tetangganya tidak aman dari kejahatannya. Oleh itu, Islam menganjurkan kata-kata yang memberi faedah atau diam kerana kesalahan anak Adam yang paling banyak itu pada lidahnya.
Ianya merupakan peringatan peribadi untuk saya. Elakkan berbicara jika tidak perlu. Fikir sebelum bercakap jangan sampai ada yang tersinggung dan timbang-timbang dahulu sebelum berbicara jangan sampai nanti terbit dosa. Satu azam baru bercambah dalam hati.
Apa yang perlu kita buat bila hati terguris dek kata-kata pahit dari lidah yang jahat? Bagaimana merawat rasa duka yang bertunas dek lidah yang tidak beradab?
Tepuk dada tanyalah iman..Allah S.W.T adalah sebaik-baik tempat untuk berserah.

Tuesday, May 4, 2010
Kemaruk
Danish & tabung barunya
Mr Bear pujaan hati Danish
Bila mak dan abah datang repair bumbung hari tu pun, dia sibuk bertanya ada syiling ke tidak. Bila diberi duit kertas, dia tak nak. "Tabung adik ni, duit syiling je yang boleh masuk. Kalau duit kertas, masuk tin yang mama simpan..." Alahai Danish...siap pecah rahsia mana kita simpan duit.
Dah 2 minggu tapi dia masih belum hilang kemaruk nak penuhkan tabung dia..tunggu jelah berapa lama dia dapat penuhkan tabung tu dan yang pasti..tak taulah siapa2 lagi yang akan dia 'pau' untuk dapatkan syiling...:)
Subscribe to:
Posts (Atom)