A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday, January 9, 2010

2nd in-take

Hari ni bertugas untuk pendaftaran pelajar 2nd in-take. Kaunter pendaftaran dibuka mulai 8.30 hingga 12.30 tengahari. Mengikut senarai seramai 26 orang pelajar akan mendaftar. Sehingga jam 11.15 pagi, baru 9 orang yang mendaftar. Alahai...satu jumlah yang sangat kecil.
Kenapa mereka tak berminat ke UiTM Johor? Mungkin kerana lokasi kami yang dikatakan tempat jin bertandang...atau mungkin ada faktor lain yang menyebabkan mereka menolak tawaran belajar di sini. Entahlah...Idea-idea baru perlu difikirkan bagi menarik minat orang belajar di sini.
Datanglah ke sini dan anda pasti akan sayang dengan tempat yang penuh rahmat ini. Kedatangan anda kami alu-alukan!

No comments: