A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, January 29, 2010

Gemuk!

Sekadar gambar hiasan...
Terasa sangat bertambahnya berat badan aku sekarang...Banyak dah baju yang kurang longgar bila dipakai..aku kira BMI aku sendiri dan rasanya memang kena ambil tindakan segera atas 'pengembangan' badan aku ni sebelum terlambat..

Edisi siasat produk2 menguruskan badan pun dimulakan. Pergh..memang banyak betul produk menguruskan badan di pasaran. Selama ni aku tak kisah pun dengan produk2 macam ni sebab takde kepentingan. Bila dikira-kira, besar juga belanja nak kuruskan badan ni. dulu masa kurus tak beringat..alahai..
Teruja aku baca testimonial mereka2 yang dah mencuba produk2 tersebut. Hati macam dah bulat tekad nak cuba salah satu daripada produk2 yang banyak tuh...Tetiba timbul perasaan takut pulak..mana tau ada kesan sampingan ke. Berhari-hari aku fikir nak cuba ke tidak..akhirnya aku rasa, aku pilih jalan selamat.. Bersenam! Yes....itulah cara terbaik.
Agenda seterusnya, aku nak recce alternatif2 yang ada di Segamat ni untuk aku memulakan aktiviti riadah..Aku betul2 dah bertekad nak bersenam secara konsisten. Harap2 impian aku tercapai..tak larat rasanya tengok badan yang 'berkembang pesat' ni..hehehe. Sebelum Danish terus panggil aku jelly belly mummy, baik aku ambil tindakan drastik...U Go Girl! ahaks....
Formula kira BMI:
BMI = BERAT bahagi (TINGGI dlm METER darab TINGGI dlm METER)

Below 18.5 = Underweight
18.5 – 24.9 = Normal
25.0 – 29.9 = Overweight
30.0 and Above = Obese
BMI aku berada dimana??hehee..RAHSIA!

Saturday, January 9, 2010

2nd in-take

Hari ni bertugas untuk pendaftaran pelajar 2nd in-take. Kaunter pendaftaran dibuka mulai 8.30 hingga 12.30 tengahari. Mengikut senarai seramai 26 orang pelajar akan mendaftar. Sehingga jam 11.15 pagi, baru 9 orang yang mendaftar. Alahai...satu jumlah yang sangat kecil.
Kenapa mereka tak berminat ke UiTM Johor? Mungkin kerana lokasi kami yang dikatakan tempat jin bertandang...atau mungkin ada faktor lain yang menyebabkan mereka menolak tawaran belajar di sini. Entahlah...Idea-idea baru perlu difikirkan bagi menarik minat orang belajar di sini.
Datanglah ke sini dan anda pasti akan sayang dengan tempat yang penuh rahmat ini. Kedatangan anda kami alu-alukan!

Thursday, January 7, 2010

Tahun Baru

Lamanya dah tak update blog ni..hujung tahun lepas membawa ke tahun baru agak bz sikit dengan event2 di UiTM ni. Jadi update blog ni bukan priority. Sekarang ni dah agak lega sikit, so bolehlah update blog.

Tahun baru ni Danish dah 4 tahun tapi dia masih tak nak ke sekolah. Macam2 dah aku pujuk dan macam2 jugalah jawapan dia tak nak ke sekolah. Takut juga kalau2 sindrom tak nak ke sekolah ni kekal sampai dia 5,6 tahun nanti...naya. Tahun ni aku dah malas nak pujuk dia ke sekolah. Bagi dia masa setahun lagi untuk enjoy. Tahun 2011 nanti, suka tak suka dia kena ke sekolah juga.

Tahun baru ni, dapat jiran bilik (kat ofis) baru. Prof dah masuk ofis barunya mulai 04/01 yang lalu. Rasa kekok juga mula-mula tapi rasanya dia lagi kekok sebab kat ofis ni semua perempuan..rezeki Prof la masuk ofis yang stafnya semua perempuan. Hari-hari dapat tengok pemandangan yang indah..hehehe (perasan cantik la pulak...)
First day di ofis baru Prof tanya nak mohon cuti online. Kerek sikit aku rasa sebab ajar profesor cara nak mohon cuti secara online..tapi kerek dalam hati je lah..:)

Harap2 tahun baru ni kasih Allah semakin memayungi kami di sini. Berharap agar diberikan rezeki, kesihatan dan kenikmatan yang melimpah dan dijauhkan kami dari hasad dengki dan permusuhan sesama sendiri. Semoga diri aku lebih tenang di tahun yang baru ni.

InsyaAllah.

Friday, January 1, 2010

Selamat Datang

Hari ini kami menerima Pengarah yang baru. Prof Madya Dr Sohaimi Zakaria adalah nakhoda baru UiTM Johor. Sambutan menerima kehadiran beliau dibuat seawal jam 8.00 pagi dimulakan dengan berkenalan dengan barisan pentadbiran dan Koordinator Program UiTM Johor.
Dalam pertemuan yang singkat, pada pandangan aku, dia orang yang soft spoken dan tidak berucap panjang. Sifat2 yang lain, masih belum boleh dibaca sebab sekejap je jumpa dia..
Biar siapa pun Pengarah UiTMJ, kumpulan pengurusan di sini akan sentiasa menyokong selagi tidak melanggar syariat dan undang-undang.

Selamat datang kepada Pengarah baru...semoga pohon yang memayungi kami sebelum ini terus merimbun...Amin.