A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, April 28, 2010

Ilmu Hari Ini

Hari ini tazkirah di BPJI dijalankan seperti biasa. Jumlah tetamu yang datang juga agak ramai. Saya rasa gembira dengan usaha yang semakin mendapat perhatian ini. Dimulakan dengan bacaan Surah Ar-Rahman oleh Ustaz Azrul, Imam Masjid As-Syakirin nyata memberikan kesan yang berbeza dalam hati.


Prof memulakan bicara dengan:

"mendengar bacaan ayat2 suci Al-Quran boleh melembut dan melenturkan hati
manusia tapi, lebih elok jika dapat membaca sendiri ayat2 Al-Quran dan dalam
masa yang sama memahami maksud dan tafsirannya".

Ianya nampak kecil tapi sangat signifikan. Al-Quran sememangnya penawar hati yang sangat mujarab. Suatu ketika dulu, sewaktu tahap kesihatan Ijam jatuh merudum, hati saya sangat 'sakit'. Sentiasa resah, gelisah, sedih dan seribu satu perasaan yang lain. Dalam masa yang sama, fikiran2 jahat tentang takdir dan ketentuan Allah juga menyesakkan dada. Hati saya bertambah walang bila Ijam koma dan diberitahu peluangnya untuk sedar amat tipis. Ketika itu, saya sangat2 helpless dan saya seolah2 hilang arah dan pegangan. Di saat itu, Allah gerakkan hati saya untuk membaca Al-Quran sepanjang masa saya di hospital. Saya melakukannya secara konsisten walaupun pada ketika itu, saya tidak tahu apa tujuan sebenar saya berbuat demikian. 3 hari Ijam koma, doktor memberitahu bahawa saya perlu pasrah dan redha dengan apa jua kemungkinan.

Bezanya, pada ketika itu, hati saya seolah2 dikawal oleh 'sesuatu' - tiada gundah gulana, tapi pasrah secara total kepadaNya. Saya yakin, ini adalah hasil bacaan Al-Quran yang saya buat dengan ikhlas dan kosisten.
Tiba2 saya rasa rindu sangat dengan kebiasaan saya membaca Al-Quran sewaktu ditimpa kesusahan dahulu. Ada ketikanya saya tewas dengan kesibukan dunia hingga sering menyatakan "tak apalah, esok pun boleh baca". Nyata, kesusahan dan dugaan Allah itu mendekatkan diri kita padaNya. Benarlah kata orang, kita akan ingat Allah bila diuji dengan kesusahan dan melupakannya ketika senang.


Selain itu, Prof juga menyentuh tentang amalan bersolat malam.
"Bangun, bersolat malam. Kemudian, mohonlah, merintih dan merayu dan bercakaplah dengan Allah ketika kita menghadapi masalah dan ujian. Allah pasti membantu. Jalan penyelesaian akan Allah tunjukkan tidak kira sebesar mana pun masalah yang sedang kita hadapi".
Sebenarnya, saya sedang menghadapi kesulitan kebelakangan ini dan berniat untuk berjumpa dan bercerita dengan Prof selepas tazkirah bagi melegakan ketegangan dalam diri sendiri. Tazkirah Prof pada hari ini telah menyedarkan saya tentang tindakan yang perlu saya ambil dalam menghadapi kesulitan tersebut. Mohon dan mintalah, Allah pasti akan membantu kerana Dia Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.Saya batalkan niat untuk bertemu Prof dan saya tahu apakah jalan penyelesaian kesulitan saya itu.

Terima kasih Prof atas ilmu yang dikongsikan tadi. Ianya satu pendekatan yang simple tapi memberi impak yang tersendiri.

Wednesday, April 21, 2010

Final Exam

Hari ini peperiksaan akhir bermula. Ianya satu rutin biasa setiap semester. Ini kali pertama saya secara sepenuh masa bersama-sama mengendalikan final exam. Semangat nak belajar berkobar2..dan seronok rasanya belajar sesuatu yang baru walaupun ada ketikanya saya bertanyakan soalan yang ala2 'sengal' je..learning process memang macam tu la kan.. (ayat nak sedapkan hati).

Setakat ni boleh follow lagi semua ilmu yang diajarkan walaupun kepala sedang pusing sebab minum nescafe percuma hari ni..(abg lori nescafe bagi air free)...

Monday, April 19, 2010

Makluman

Hari ini saya memulakan tugas di tempat baru. Terasa lain juga kelainannya walaupun saya kenal semua staf di tempat baru ini. Terbit rasa rindu pada rutin saya di tempat lama.

Sebarang jemputan untuk Prof Kamil masih boleh melalui saya dengan menghubungi handphone saya seperti makluman sebelum ini. Saya secara sukarela masih lagi membantu menguruskan jadual perjalanan dan jemputan2 kepada Prof Kamil. Ianya bukanlah masalah besar ataupun tambahan beban tugas bagi saya dan secara peribadi, saya senang dengan tugas itu. Ada rasa keberatan untuk melepaskan tugas itu kepada orang lain. Tamak ke saya? ataupun mahu menonjol diri? bukan..perasaan itu lahir dari hati..sukar untuk saya jelaskan kenapa. Sampai masanya saya pasti akan mengundurkan diri dari melaksanakan tugas ini..InsyaAllah.



Friday, April 16, 2010

Tanda Ingatan


Saya teruja menerima hadiah ini - tanda ingatan kerana bertukar bahagian. Disampaikan oleh penulisnya sendiri - Roza Roslan. Cantik..detik hati bila melihat cover buku tersebut. Bunga ros merah segar yang sedang mekar seolah2 menyuntik semangat untuk membaca buku tersebut walaupun saya sudahpun membacanya ketika ianya belum ada cover.

"U adalah orang ketiga yang mendapat buku ni selepas mak dan abah Roza" kata Prof. Saya senyum simpul mendengarnya. Ianya satu penghargaan buat saya. Terselit sedikit rasa bangga walaupun bagi sesetengah orang ianya mungkin perkara biasa-biasa sahaja.

Terima kasih Kak Roza atas ingatan dan hadiah tersebut. Doa saya semoga Allah membukakan ruang dan memudahkan jalan untuk Kak Roza terus berkarya.