Tuesday, June 23, 2009
PTK
Aku dimaklumkan ini PTK terakhir mengikut format sedia ada. Kemungkinan tahun depan akan gunakan format baru. Format yang macam mana, aku pun tak tahu. Yang pasti, aku dah tanam azam tak nak repeat paper. Belum pernah dalam sejarah hidup aku repeat mana-mana paper dalam exam. Jangan kali ni aku pecah rekod sudah. Harap2 restu mak dan abah yang aku pohon sebelum exam membantu aku untuk lulus Aras IV. Amin...
TQ En Khairul sebab wish me luck masa nak exam. Ingat jugak boss yang saya nak exam ye..:)
Monday, June 22, 2009
Satu Bulan
Selama sebulan jugalah aku memendam perasaan seorang diri. Ada kalanya hati aku terguris, maruah tercalar dengan kata-kata orang sekeliling. Mungkin mereka tak berniat untuk menyakitkan hati, tapi perasaan aku yang agak sensitif sekarang membuatkan aku begitu mudah terasa. Semuanya aku lepaskan bila aku berada di makamnya setiap hujung minggu.
Kalau dulu, aku tak sabar nak menunggu hari Jumaat kerana aku akan ke Kota Tinggi bertemu dengannya. Hari Rabu, aku akan ke Johor Bahru, bertemu dengannya semasa sesi rawatan kimoterapi. Hampir tiga bulan rutin itu aku lalui dan tidak terasa langsung ianya satu beban kerana perasaan teruja untuk bertemu dengannya mengatasi segala-segalanya. Kini rutin aku berubah. Setiap hujung minggu aku akan balik ke Pontian untuk menziarahi pusaranya, tapi aku rasa tenang dan damai berada dekat dengannya walaupun yang ada hanya batu nisan yang bisu. Biarlah orang kata doa boleh diutus walau tidak menziarahi pusara, namun bagi aku menziarahinya setiap minggu bukti kasih dan sayang aku yang masih tidak berubah sehingga kini. Bukti nilai kasih dan sayang yang begitu menebal dalam hati. Ia juga cara terbaik untuk aku melepaskan kerinduan yang cukup sarat untuk ditanggung.
Friday, June 19, 2009
Kenangan
Bila tiba hari Jumaat, kenangan itu datang sendiri dan ianya umpama pita video yang ditayang berulang-ulang. Setiap kali waktu maghrib menjelang, setiap kali itu jugalah saya terbayang saat-saat terakhir saya bersama dia. Ianya satu kenangan yang tidak akan boleh saya lupakan sampai bila-bila. Masih terasa debaran hati saya yang semakin kencang selari dengan nafas suami yang semakin lemah ketika itu.
Saya tidak berniat untuk melupakan kenangan itu. Ianya pengalaman hidup terakhir saya bersama suami yang saya sayang seikhlas hati, saya kasihi sepenuh jiwa. Mana mungkin saya melupakan insan yang benar-benar sabar dan menerima saya seadanya. Dia menerima saya dengan segala kekurangan yang ada pada saya. Dia seorang suami yang penuh dengan perasaan kasih dan sayang. Memang saya benar-benar bersyukur dikurniakan seorang suami seperti dia, walaupun dipinjamkan hanya sekejap. Suami saya adalah kenangan yang terindah dalam hidup saya yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Tuesday, June 16, 2009
Birthday Danish
Kek birthday yang banyak flowers
Danish dengan sepupu-sepupunya sibuk 'booking' flowers
Inilah kek harijadi Danish yang dia kata ada banyak flowers. Dari pagi dia tanya bila nak potong kek dia. Tak ada majlis apa2 pun, cuma doa selamat satu keluarga sahaja. Ira, Irfan, Lokman dan Kak Long (Anak2 Kak Ila) semua ada hadiah untuk Danish. Mesti diorang simpan duit belanja sekolah untuk beli hadiah tu. Harga hadiah tak penting, yang penting keikhlasan diorang memberikan hadiah juga tanda ingatan mereka. Danish hepi sangat bila sepupu-sepupu dia bagi hadiah. Kereta yang Papa nak hadiahkan pada Danish
Ini hadiah dari Ayah Li sekeluarga (Pakcik Ijam). Sebenarnya Ijam pernah berniat nak bagi hadiah ni untuk Danish masa birthday. Ijam pernah bagitau saya dia nak hadiahkan kereta ni sebab cantik, murah sikit harganya kat Kota Tinggi compare kat Segamat. Bila dia dah takde, pakcik dia pulak hadiahkan sebab nak sampaikan hajat arwah. Dia cakap kat Danish itu hadiah dari Papa. Masa tu rindu saya pada Ijam betul2 membuatkan hati saya sedih tapi saya tahan perasaan sendiri. Sehinggakan saya berangan-angan seolah-olah Ijam ada dalam majlis tersebut.
Hati saya tersentuh dengan keprihatinan dan keikhlasan diorang semua pada Danish. Semoga ALLAH memberikan balasan kebaikan yang berlipat ganda kepada mereka.

