A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday, July 12, 2015

Ramadhan Kareem

    
 


Ramadhan Kareem sudah hampir meninggalkan kita. 
Entah akan ada kesempatan untuk bertemunya lagi entahkan tidak. 
Semoga dipinjamkan usia lagi untuk bersama Ramadhan di tahun hadapan.

Alhamdulillah...Ramadhan tahun ini...

  • Boleh dikatakan setiap hari kami berbuka dan bersahur dengan juadah home cooked. Lebih jimat dan menepati rasa tekak sendiri..

  • Saya berjaya tidak menjejak kaki ke Bazaar Ramadhan..memang tak pergi langsung..

  • Persiapan raya sangat sederhana..terkesan juga dengan kos hidup yang semakin menggila

  • Danish membaca Al-Quran tanpa perlu dipaksa..nampak dia semakin 'abang-abang'..

  • Belum pernah lagi terlepas bangkit sahur..kalau tidak mesti Danish kelaparan seharian puasa tanpa sahur.

  • Berat badan turun 2.5kg...syukur dah kurag sikit level lemak kat bdn ni.... (mood: happy)..



Terima kasih Ya Allah untuk semua nikmat yang telah Engkau pinjamkan. 
Terima kasih Allah atas Ramadhan yang Engkau kurniakan
Terima kasih Allah untuk rezeki Ramadhan yang engkau berikan,,





Friday, April 3, 2015

Misi Peribadi...

Misi untuk 3 bulan seterusnya..

Macam mana agaknya keputusannya nanti??

Tunggu jelah dulu k...surprise...hahaha



Thursday, April 2, 2015

Bila Resah

Danish menangis susah hati bila salah sebuah buku teksnya tiada dalam rak buku. Dia berpusar satu bilik mencari-cari buku tersebut. Dah macam kucing nak beranak saya tengok dia. 

Minggu lepas buku tersebut ada (kelas tu seminggu sekali je). Maknanya ada kemungkinan kawan-kawan terbawa balik atau dia tertinggal di sekolah. Saya minta dia bertanya pada kawan-kawan di sekolah nanti kalau2 ada yang terambil bukunya.

Cadangan saya tidak membantu untuk dia merasa tenteram. Sekejap-sekejap airmata dia mengalir. Rasa takut pada guru membuatkan dia resah sepanjang malam. Saya pernah melalui pengalaman begitu dan saya tahu apa yang dia rasa. Sekadar berjenaka mengurangkan stress, saya katakan padanya.."Adik hebat sebab dah nangis lama2 pun air mata banyak lagi..tak kering2". Dia sekadar senyum senget - tanda tak puas hati.

Keesokkan paginya dia kata dia mimpi ustaz tersebut! Wah..betul2 takut ni..:)

Sementara menunggu van sampai..dia tak henti2 berdoa supaya Allah bantu dan selamatkan dia..walaupun  ianya permintaan saat terdesak, sekurang-kurangnya dia tahu kepada siapa dia harus bergantung harap dan memohon pertolongan.

Anyway..it is a good lesson for him to always take a good care of his belongings. An experience that he will remember for life..


Doa yang Danish baca mohon Allah bantu dia

Wednesday, November 26, 2014

Bapa Tua Itu....

Pengalaman ini mencetuskan keinginan untuk kembali menulis.


Hati saya syahdu kerana seorang bapa.


Ini kisah seorang bapa di mana anaknya belajar di tempat saya bekerja. Anak beliau tidak dapat meneruskan pengajian kerana masalah kesihatan. Dia datang menguruskan perkara itu. 


Saya bersembang santai dengan si bapa untuk berbahasa. Sehinggalah saya dapat tahu dia datang ke sini dengan menaiki motosikal. Si bapa datang dari jauh. Jarak tempat tinggalnya ke sini melebihi 100km. Umur si bapa hampir 70 tahun.


Jujur saya kasihan melihat fizikal si ayah dan hati saya bertambah sayu bila tahu dia datang dengan motosikal. Dia keluar jam 10 pagi dan tiba di sini jam 2.30 petang.


"Pakcik bawa perlahan..tak laju pun..mata dah tak berapa terang. Berhenti rehat dan minum dulu sebelum sampai ke sini".


Allahuakhbar..saya betul2 sedih..hati saya memang tersentuh.


Berkali-kali ucapan terima kasih keluar dari mulutnya sebelum dia meninggalkan bilik saya.


Saya berharap agar anaknya akan menjaga dan mengasihi bapa itu seperti mana bapanya sanggup berkorban untuk dirinya hari ini. 


Wajah tua itu membuatkan saya teringatkan wajah tua ayah saya..



"Ya ALLAH Engkau lindungilah pakcik itu, mudahkan dan selamatkanlah dia dalam perjalanan pulang. Sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pelindung"...