A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, March 30, 2010

Baru & Lama

Orang BARU

Ini adalah wajah anak terbaru (ke-2) Maznah, yang dah berusia hampir 40 hari. Nur Humaira Damia namanya. Comel dan tembam.
Danish teruja sangat dapat jumpa baby Mia. Dia yang terlebih sibuk snap gambar2 baby.
Tiba2 aku teringat pada Ijam. Dia betul2 teringin untuk mendapat baby girl selepas Danish.. Bukan rezeki kami untuk punya anak lagi. Allah lebih mengetahui. Terasa rindu padanya menyusup ke hati..Halus namun menggetarkan.
Nur Humaira Damia

Danish excited dpt pegang baby Mia


Kawan LAMA

Memang tak sangka, kawan lama yang dah bertahun2 tak berhubung tiba2 menghubungi aku. Kami berkawan rapat sejak sama2 belajar di UiTM Segamat sehinggalah tamat degree di UiTM Shah Alam. Kami berkongsi kepayahan, susah dan senang di tempat orang..dialah juga kawan untuk buat kerja2 gila masa study dulu..Kitakan 'geng'...hehehe...
Kami langsung putus hubungan selepas masing2 bekerja. Kali terakhir berjumpa bila aku bekerja di Putrajaya dan dia baru ingin memulakan tugas di Jalan Duta..ketentuan Allah, kami terjumpa di Puduraya yang penuh sesak..Selepas tu, kami membawa haluan masing-masing. Dia gagal dikesan kerana kerap kali bertukar no telefon.

Lantas, bila dia menghubungi aku semalam, aku terasa macam bermimpi je..Kami bercerita selama lebih sejam dan ianya masih lagi seperti kami 'muda2' dulu..(sekarang pun masih muda lagi...:P) Dia masih seperti dulu..mesra dan mudah ketawa.
Jujur aku katakan, aku benar2 gembira dengan panggilan telefonnya. Aku benar2 bersyukur kerana Allah bukakan hatinya untuk menghubungi aku.. Hari itu aku rasa hari yang sangat indah dan aku rasa aku tersenyum sepanjang hari kerana itu!
To Ijan, TQ for the call...


Friday, March 12, 2010

Ekspo Selangkah Ke UiTM - JOHOR

Saya bagi pihak UiTM Johor menjemput dan mengalu-alukan pembaca blog ke Ekspo Selangkah Ke UiTM. Anak2/ adik2 yang baru sahaja mendapat keputusan SPM, digalakkan berkunjung ke ekspo berkenaan. Ekspo ini bertujuan membantu para ibu bapa dan pelajar mendapatkan maklumat terperinci berhubung kursus-kursus yang ditawarkan di UiTM. Para pelajar dan ibu bapa juga boleh mendapatkan khidmat nasihat tentang keperluan kursus yang diminati secara percuma. Perkhidmatan pendaftaran kursus atas talian bagi pengambilan pelajar sesi Julai-November 2010 juga kami sediakan.

Info Ekspo Selangkah ke UiTM - JOHOR
Tarikh: 13 & 14 Mac 2010 (Sabtu & Ahad)
Masa: 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Tempat: Dataran Segamat

Jumpa anda di sana!

Suami

Suami/isteri dan anak2 kebiasannya akan menjadi orang yang paling kita sayangi. Mereka merupakan anugerah dan rahmat Allah kepada kita. Namun hakikatnya, suami/isteri dan anak2 juga adalah dugaan Allah kepada kita.

Seorang suami yang sepatutnya menjadi tulang belakang kepada sesebuah keluarga, ada ketikanya gagal memainkan peranan yang satu itu. Banyak sangat kes2 sekarang ni suami tidak menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya. Ada suami yang lebih senang hidup dengan hasil titik peluh isteri. Segala keperluan hidup tergalas di bahu isteri sedangkan dia bergaya ke hulu ke hilir, 'jual minyak' dan ada pula keinginan untuk 'pasang' lebih.

Realiti berlaku kepada sesorang yang saya kenal rapat. Berkahwin hampir 17 tahun dan selama itulah dia menjadi ketua keluarga. Usia suami sudah menginjak pertengahan 40-an tapi perangai tetap sama seperti dulu. Makan dan pakai tak pernahnya mewah. Sejak berkahwin sampai sekarang, dia yang berhempas pulas mencari rezeki untuk keluarga. Dia tabahkan hati dan perasaan demi anak2nya. Dia tidak mahu perceraian berlaku demi anak2 tapi...sampai bila keadaan ini mesti berterusan.

Saya betul2 simpati dengan nasibnya. Saya melihat dalam diri sendiri. Walaupun saya dipinjamkan suami hanya untuk 4 tahun sahaja namun saya bersyukur kerana saya diangerahkan seorang suami yang bertanggungajwab dan penyayang. Saya tak pernah melalui kepayahan serta tekanan perasaan seperti yang dilalui oleh kawan saya tu. Terfikir juga, kalau saya di tempat dia, mampu ke saya bertahan sehingga hampir 17 tahun??..

Manusia diuji dalam pelbagai cara. Kawan saya sedang diuji oleh Allah melalui suaminya. Taat dan patuhlah kepada suami selagi tidak melanggar perintah Allah. Seseorang pernah menyatakan pada saya ketika saya dalam kesusahan dahulu "Allah tidak menguji kita untuk sesuatu yang kita tak mampu hadapi dan DIA tidak menguji kita untuk sesuatu yang sia-sia. DIA Maha Pengasih, Maha Penyayang. Pasti ada sesuatu yang baik untuk kita, balasan atas kesabaran dan keredhaan kita menerima dugaannya". Saya harap kawan saya sabar dan tabah. Saya sertakan di sini potongan hadis tentang keistimewaan wanita sebagai penguat semangat kawan saya.

i. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

ii.Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

iii. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

Wallahualam..

Sunday, March 7, 2010

Maulidur Rasul @ UiTMJ

Lama sangat dah tak update blog ni..niat tu ada tapi kudrat tu takde...(boleh diterima ke alasan ni???) Minggu lepas sibuk dengan persiapan majlis sambutan Maulidur Rasul di UiTM Johor. Ini gambar hiasan yang aku dan Zul (partner) dapat sediakan. Ini pun bersengkang mata jugalah sampai 3 pagi.. Ini je yang termampu kami buat dalam masa yang suntuk..

Walkway terus ke pentas utama

Pandangan pintu masuk dari pentas utama

Pentas utama