Seorang rakan menghantar kisah ini. Menarik untuk dikongsi bersama.
Ada sebuah kampung di pedalaman, di situ tinggal seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri. Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, ahawa bagi Nya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin". Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin". Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya hanya duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini." Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Tuhan, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan.Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Allah...
Moral:Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Yang Maha Esa sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Allah.
Tuesday, December 9, 2008
Saturday, December 6, 2008
Kembali Menulis
Dah hampir sebulan tak menulis di blog. Banyak perkara nak diluahkan tapi kesuntukan masa (sebenarnya kurang bijak mengurus masa) menyebabkan blog ni terabai sekejap. Lega rasanya dapat siapkan jahitan manik yang dah hampir sebulan tertangguh. Menjahit ikut sempat jadi tempoh siap pun berlanjutan jugak. Seminggu dua yang lepas agak sibuk menguruskan urusan pertukaran treatment Ijam dari Hospital Pantai Ayer Keroh ke Johor Specialist, JB. Alhamdulillah, pada 30/11 doktor dah tebuk sikit perut Ijam untuk keluarkan air yang menyebabkan perut dia besar dan tegang. Nampak dia lega bila air dah keluar dan hampir 3.4 liter air keluar untuk hari pertama.
Memang agak terbatas pergerakan dengan beg air dan tiub yang dipasang tapi sekurang-kurangnya dia merasa lega dan masih mampu melaksanakan tanggungjawab kepada yang ESA. Dia nampak selesa dan tak banyak merungut walaupun kadang-kadang sampai berpeluh dia menahan sakit. 3 hari berkampung di JB, bermakna 3 hari juga Danish ditinggalkan di Pontian. Sian dia....

Monday, November 10, 2008
Kerja Oh kerja!
Bersusun senarai aktiviti pentadbiran yang perlu dilaksanakan. Dari temuduga pengambilan pensyarah, Audit ISO, kenaikan pangkat kumpulan sokongan, kenaikan pangkat pensyarah, PTK staf kumpulan D, minit2 mesyuarat yang masih belum selesai dan beberapa perkara lain menyebabkan kepala aku agak sesak. Ada jugak bawak balik rumah dokumen kenaikan pangkat pensyarah. Hajat dihati nak semak semasa hujung minggu. Akhirnya dokumen tu tak berusik. Sama duduknya dari hari pertama sampailah dibawa balik semula ke ofis pagi ni. Sibuk sepanjang minggu dengan family Ijam yang masih ada kat sini.
Dalam hati bimbang juga takut tak habis go through permohonan yang dihantar. Berdebar tengok fail yang setebal 3,4 inci setiap satu. Masa ni lah aku rasa 24 jam tu tak cukup..hehehhe (manusia memang selalu rasa tak cukup...) Dalam hati dah bertekad. Kalau sampai hari Khamis tak habis semak, memang bawak balik rumah dan stay up sampai ke pagi la jawabnya..Harap2 niat aku dapat terlaksana..tu je cara yang aku boleh pikir buat masa ni. Mana tau masa nak tido kang aku dapat idea lain nak settlekan dokumen yang berlambak2 tuh...hehehe.

Thursday, November 6, 2008
Hari Ini
Semalam (05/11) Ijam buat kimo untuk kesekian kalinya. Bermakna, malam semalam juga rutin seksa kimo berulang lagi setelah 2 minggu direhatkan. Jam 2.00 pagi dia muntah2 sampailah hampir menjelang subuh. Rasa kelat mata tahan mengantuk tapi tak sampai hati nak biar dia sorang2. Dia terlelap jam 5.30 pagi tapi aku terus bangun (kalau tido takut terlajak pulak..). Pecah rekod tak tido semalaman. Hari ini dalam sejarah bila aku masak nasi lemak pagi2 buta sebab keluarga Ijam akan sampai jam 6.00 pagi. Kelam kelibut juga pagi ni. Mana nak kejar masak, jemput diorang kat stesen keretapi n siap2 nak gi kerja. Tak sempat nak makan sebab dah lewat.. [alahai..tak tau la macam mana rasanya nasi tu]
Sampai ofis tengok kawan2 officer semua ada kat lobi nak bertolak ke Terengganu (ada program bersama VC). Tetiba rasa sayu plak tengok diorang dalam bas. Adus! sentimental pulak di pagi2 hari....hehehe. Bos dengan En Husin pun ke Terengganu, Shahnadz ke klinik dan beberapa orang staf keluar atas urusan sendiri menjadikan ofis jadi lengang. Semangat kerja macam lemau je, selemau biskut kering yang dah masuk angin 3,4 hari......

Wednesday, November 5, 2008
Hilangnya Nikmat
Manusia tidak akan menghargai atau lupa nilai sesuatu anugerah sehinggalah ianya ditarik balik... Ijam dah banyak kehilangan nikmat yang dipinjamkan sebelum ini. Nikmat sihat, nikmat tidur dan nikmat makan adalah nikmat yang telah ditarik balik olehNYA. Kepayahan untuk rehat dan tidur (kerana sakit tulang belakang dan perut) menyebabkan badannya lesu (juga akibat kimoterapi yang berterusan) dan selera makannya juga hilang. Individu yang amat gemar makan tiba-tiba hilang selera untuk apa jua makanan. Rasa kesian melihat keadaan Ijam yang hanya boleh makan tidak lebih dari 3 suap. Tidurnya yang tak pernah lena kerana kesakitan yang berterusan mengundang rasa bersalah untuk aku melelapkan mata. Sedih, sayu semuanya ada tapi tetap ku tahan aimata agar tak tumpah di depan dia. Hanya ALLAH yang tahu apa yang aku rasa. Dalam hati berdoa agar satu hari nanti ALLAH anugerahkan semula nikmat tersebut kepadanya.
Secara tidak langsung keadaan ini mengajar erti BERSYUKUR. Syukuri segala nikmat yang diberi sebelum ianya ditarik balik yang kita tak tahu bila ianya akan berlaku.
Secara tidak langsung keadaan ini mengajar erti BERSYUKUR. Syukuri segala nikmat yang diberi sebelum ianya ditarik balik yang kita tak tahu bila ianya akan berlaku.
Wednesday, October 22, 2008
Dilema
Tersepit antara keperluan dan kehendak adalah satu situasi yang selalu berlaku dalam hidup. Yang penting adalah membuat pertimbangan untuk membuat pilihan yang terbaik. Itulah yang saya hadapi sekarang. Bila tengok kerja2 yang memerlukan saya outstation rasa serba salah pulak. Kalau dulu saya attend semua kerja di luar kawasan tak kisah la berapa lama pun tempohnya. Tapi sekarang keadaan berbeza. Rasa seronok ke tempat orang bertimpa dengan persoalan macam mana dengan Ijam?Macam mana pulak Danish?.. Kalau dulu tak jadi isu sebab dia boleh jaga Danish tapi sekarang jaga diri sendiri pun dia tak larat.
Dalam masa yang sama rasa segan nak bagitau bos tak dapat join program. Walaupun tahu bos akan faham tapi sampai bila nak tolak semua kerja outstation kan. :( Tapi tak sampai hati nak bagitau Ijam nak pergi outstation. Dia mungkin tak akan kata tak boleh tapi tak saya takkanlah tak faham situasi dia pulak kan.. Dalam keadaan ini saya memilih untuk menarik diri dari semua program di luar kawasan. Itulah keputusan saya buat masa ini sehingga keadaan Ijam mengizinkan saya bertugas luar. Satu fenomena baru dalam kerjaya saya yang selama ini selalu outstation. Saya memilih melepaskan kehendak saya bagi memenuhi keperluan Ijam....saya yakin ini pilihan yang terbaik. Selebihnya saya serahkan pada DIA yang Maha Mengetahui.

Monday, October 20, 2008
Perpisahan
Hari ini diadakan majlis perpisahan untuk Tuan Badar, Pegawai Keselamatan yang akan bertukar ke Shah Alam kerana dinaikkan pangkat. Tempoh 3 tahun mengenali beliau menjadikan beliau salah seorang pegawai UiTM Johor yang senang bekerjasama. Kalau tengok muka memang macam garang, tapi bila dah kenal boleh dibawak bergurau pak cik sorang ni...Banyak perkara yang aku pelajari dari Tuan Badar dan yang pastinya aku takkan lupa bagaimana setiap kali menelefon ke pejabat aku, dia akan bertanya perkembangan Ijam. Satu pertanyaan yang simple tapi menunjukkan keprihatinan.
TQ Tuan Badar sebab ko salah sorang member officer yang ngam n sporting... Wish u all the best in your future undertakings..ALL THE BEST FRIEND!!!
TQ Tuan Badar sebab ko salah sorang member officer yang ngam n sporting... Wish u all the best in your future undertakings..ALL THE BEST FRIEND!!!
Monday, October 6, 2008
Kembali Bertugas
Hari ini kembali bertugas setelah bercuti menyambut Aidilfitri. Penat travel dari Kota Bharu amat terasa kerana perjalanan yang sepatutnya 10 jam menjadi 15 jam..jem punya pasal. Danish seronok sangat beraya kat KB. Ramai cousin dia umur sebaya. Lagipun fisrt time dia rasa raya yang sebenarnya..kemain lagi dia sebut duit raya, kuih raya, baju raya...cute je tengok dia pakai baju raya sedondon ngan papa dia..
Friday, September 26, 2008
Selamat Hari Raya
Dikesempatan ini kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya. Maaf jika ada kesalahan dan kelemahan. Semoga Aildilfitri yang bakal menjelang membawa seribu keberkatan dan kebahagiaan untuk semua.
Jaja, Ijam & Danish.
Jaja, Ijam & Danish.
Thursday, September 25, 2008
Kanser
Kanser...satu perkataan yang saya rasa sesiapapun tak mahu ada dalam kamus hidup..menyebutnya saja cukup menakutkan inikan pula mengetahui diri menghidap penyakit tersebut. Tapi itulah realitinya..suami saya disahkan menghidap kanser pankreas tahap 4. Satu kenyataan yang amat pahit untuk diterima, satu dugaan yang amat besar untuk dihadapi.
Rasa tak percaya pada awalnya. Mengharap apa yang dikhabarkan adalah silap tapi realiti tetap realiti. Puas juga yakinkan diri untuk terima kenyataan dan berusaha selagi diberi peluang. Hilang semua rasa semarak Aidilfitri. Yang ada dalam fikiran sekarang, bagaimana pula episod kehidupan kami selepas ini?. Tak sanggup rasanya nak membayangkan kemungkinan2 yang ada. Perasaan sayu dan luluh bila merenung wajah suami dan anak bila mereka tidur.
Ijam tak pernah menunjukkan tekanan perasaan yang dihadapi secara terus, tapi saya tahu bagaimana beratnya dugaan yang sedang ditanggung dan kecamuk fikiran yang sedang dia hadapi. Yang, awak jangan putus asa..saya sentiasa bersama awak menghadapi dugaan ini. Susah senang kita bersama..Janji kita satu waktu dulu...
YA ALLAH! Aku redha dengan ketentuanMu. Hanya Engkau yang tahu apa yang terbaik untuk diriku.

Wednesday, September 3, 2008
Tak sangka
Dah lama sangat tak menulis dalam blog ni...dah dekat sebulan jugak nak mencurah rasa dan idea.
Baru-baru ni (20/8) husband operate buang hempedu sebab ada batu (gall stone) di Hospital Pantai, Melaka. Memang tak sangka sebab awalnya sakit2 perut biasa tapi bila dah berlarutan, buat special check up n resultnya, ada gall stone. Berdebar sangat bila tengok dia ditolak masuk ke OT. Teringat saat nak bersalin 2 tahun lepas. Lebih kurang 2 jam, semuanya selesai dan dia stabil..Alhamdulillah..
Terima kasih pada En. Khairul, En Husin, Farid yang sudi datang menjenguk. Juga tak lupa pada boss maybank-Pn Rozita, rakan ijam yang sudi datang ke Melaka-Mijan & Tasha. Juga buat mereka yang melawat di rumah. Mak, abah and family semua, TQ for your concern...

Wednesday, August 6, 2008
Bubur kacang o bubur kacang
Sekarang tengah musim durian di Segamat (dah hampir ke penghujung musim sebenarnya). Jadi banyaklah buah durian dan murah-murah pulak. Bila tengok ada durian yang belum dimakan (tak larat nak makan lagi) terfikir la nak buat bubur kacang. So semalam buat la bubur kacang sebelum tido. Planning pagi2 nak g keje boleh bawak g ofis.
Bila pagi tu, rasa macam kurang manis, so panaskan semula dan teragak untuk tambah gula. Tengah nak tambah gula tu, jari tersentuh periuk panas dan sebab terkejut, terbalik balang gula dalam periuk. Habis la sekilo gula dalam periuk bubur tuh...adus!! malang tak berbau betul. Punah harapan nak bawak bubur ke ofis...
terpaksa kensel planning. Kat ofis duk terfikir apa nak buat dengan bubur yang terlalu manis tu...
Sediah ada, kelakar pun ada...dan tetiba teringat pepatah "Macam tikus membaiki labu"...hehehhe (paham2 le)!

Monday, August 4, 2008
Kahwin...
Ari sabtu (2/8) ke Hotel Sri Malaysia Temerloh meraikan perkahwinan Khalid. Sampai sana lebih kurang pukul 1.00 petang dan pengantin sedang bersanding..Cari port dulu untuk makan. Kebetulan masa tu ramai pulak tetamu sampai. Jadi terpaksa tunggu jugak untuk makan.. Danish dah mula tak senang duduk sebab dah nampak swimming pool dekat2 dewan tuh. Sekejap2 cari alasan nak turun dari kerusi.
Habis makan, sedang elok pulak pengantin siap2 untuk potong kek. Khalid datang lepak sekali ngan staf2 dia.
So jumpa dia amek gambar sekeping dua terus gerak balik Segamat. Masa tu pun dah pukul 2 so tak nak lambat sangat sampai Segamat. Kawin jugak kawan aku sorang ni...lepas ni tunggu Shaiful pulak..bila tu tak tau la kan..:)
Kepada Khalid & Laila, semoga rumahtangga yang dibina kekal ke akhir hayat dan dalam rahmat ALLAH sentiasa.
Friday, August 1, 2008
Tersedar
Hujung munggu lepas terpaksa outstation...tinggallah danish di hujung minggu. Agak bengang juga berkursus di hujung minggu pada mulanya. Tapi mampu merasionalkan fikiran yang akhirnya redha dan perasaan 'terpaksa' terus takde. Jadual padat dari 8.30 pagi sampai 10.30 malam tidak jadi masalah. Tambahan lagi sokongan dari Orang No. 1 keluarga Pendaftar menjadikan suntikan semangat yang 'semacam' je.
Banyak isu makanan rohani yang dibincangkan. Nampak macam perkara yang simple, perkara biasa seperti solat, tapi banyak isinya yang belum dikupas.. rasa macam jahilnya bila tak mampu nak jawab soalan yang simple2 berkaitan solat...Baru rasa ada kesedaran bertuahnya dilahirkan sebagai muslim tanpa banyak halangan...
Astaghfirullah..banyak sungguh ruang2 lompang ilmu yang aku ada berkaitan dengan ilmu kerohanian..
Syukur aku terpilih mengikuti kursus ini...dalam diam, aku mula pasang niat untuk berubah ke arah yang lebih baik, walaupun mungkin mengambil masa yang lama...apa yang penting, usaha!

Monday, July 21, 2008
Salah Faham
Semalam bawa Danish gunting rambut. Papa dia saja bawa ke kedai mamak dekat umah. Nape tak pergi tempat biasa dia gunting (orang melayu). Dia kata cepat sikit sampai sebab Danish ni memang takut sangat dengan barber...mungkin 1st experience gunting rambut dulu buatkan dia serik. Masuk je kedai tu Danish dah buat aksi akrobatik taknak duduk atas kerusi. Terpaksalah duduk atas riba papa dia. Papa dia kata "potong pendek, tepi pun trim jugak". Mamak tu angguk2...tapi takde suara. Pastu dia tunjuk2 bahagian atas..so, papa dia pun angguk sebab memang nak trim atas jugak. Datang mamat tu terus tenyeh mesin atas kepala Danish. Habis la satu kepala dia potong pendek..papa dia dah bising sebab salah potong. Tapi mamak tu tak respon apa2..
Rupanya dia tak paham apa yang kita cakap...baru sampai dari India...Adus!!! masalah betul lah...
Sudahnya rambut Danish tinggal 1cm je..takde fesyen apa2 la...
Papa dia bengang sepanjang hari tengok rambut anak dia dah macam padang bola sepak baru lepas mesin...hehehehe...Itulah hasilnya kalau ayam bercakap dengan itik....tapi Danish rileks je (dia bukan tau pun apa dah jadi ngan rambut dia...hihihi) sian....dia
moral of the story...pegi la ke kedai melayu walaupun jauh...hehehe...sori papa...

Tuesday, July 8, 2008
Penghargaan
Kadang-kadang sesuatu akan berlaku di luar jangkaan. Tanpa diduga dan langsung tidak terfikir ianya akan jadi begitu. Hari ini seseorang memberikan 'sesuatu' sebagai tanda terima kasih kerana pertolongan yang diberikan. Agak terpinga-pinga juga dan dalam masa yang sama memerah otak mengingat kembali apa pertolongan yang telah saya berikan. Lama berfikir akhirnya teringat cerita bagaimana pertolongan dihulurkan. Kalau ikutkan, apa yang saya buat adalah mengikut keupayaan diri dan pertolongan itu adalah atas kapasiti orang lain yang mana saya hanyalah jadi orang tengah. Tak terlintas langsung untuk mengharapkan balasan kerana bantuan dihulurkan tanpa janji yang pasti. Rasa tidak layak terima pemberian yang boleh dikatakan mahal tu.
Saya sampaikan rasa terima kasih orang itu kepada orang yang lebih layak kerana bantuan yang sebenarnya datang dari keupayaan dia ... dan dengan izin ALLAH pastinya. Dan yang pastinya dia menolong pun dengan rasa ikhlas tanpa mengharapkan balasan..

Wednesday, June 25, 2008
Hadiah
13 Jun lepas birthday Danish yang ke-2. Excited dia bila dapat potong kek. Dah masuk 2 minggu pun masih rewind lagi cerita dia potong kek..Papa dia excite anak dia dah besar, siap belikan motor (tapi battery operated la kan..) Hari minggu lepas bawa dia ke Zoo Melaka. Suka sangat dia dapat tengok banyak binatang kat situ. Biasanya dapat tengok dalam tv je. Bila dapat tengok real life, banyak la cerita dia. Mulut dia tak habis-habis bercerita and tiru bunyi binatang sepanjang jalan pusing satu zoo tu...
Ini motor present dari PAPA
Syukur pada ALLAH sebab dikurniakan anak yang sihat dan sempurna. Satu anugerah yang tak sepatutnya di sia-siakan. Terfikir juga bagaimana agaknya manusia sanggup buang anugerah yang terpilih macam ni. kadang-kadang tak sedar nikmat yang diberikan, sampai la saat kita kehilangannya.
Ini motor present dari PAPA
Friday, June 20, 2008
Hepi 2nd Besdei
13 JUN 2006 tarikh keramat yang mana hari aku ditabalkan jadi seorang ibu. Terasa macam tak percaya yang aku dah ada anak.. 13 JUN 2008, genap Danish 2 tahun..syukur dia membesar dengan sihat dan cerdik. Dia lah satu-satunya penawar hati..rasa hilang penat dan letih balik kerja bila tengok muka dia. Selalu ketawa dengan ikhlas. Syukur sangat dianugerahkan permata yang bernilai ni. Semoga ALLAH memberikan kerahmatan dan keberkatan ke atas anakku DANISH IKHMAN selama-lamanya.
Ini kek mama beli...Yum!Yum!
Thursday, June 12, 2008
Mi Udang Kuala Sepetang
On d way ke Perlis ari tuh, Saiful bukak citer ada mi udang yang banyak udang kat Taiping, lebih spesifik di Kuala Sepetang. Jadi bila balik dari Langkawi, bos dah buat susunan agenda. Dari jeti Kuala Perlis, kami terus ke Padang Besar. Dari padang besar, gerak balik ke Johor dan akan singgah di Kuala Sepetang pekena mi udang yang saiful dah promosi ari tuh. Kalau dari utara, masuk exit Kamunting tapi lepas tu aku tak tau la pulak mana nak belok-belok...tau-tau dah sampai. Tapi exit Kamunting ke situ lebih kurang 30 minit.
Ada 3 pilihan, RM6, RM10 dan RM12. Bezanya sama ada nak udang bela ke nak udang laut. Kami pilih yang tengah-tengah. RM10 semangkuk. Bila dah sampai order, kami kira-kira ada 10 ekor yang agak besar..memang penuh mangkuk tu dengan udang. Bak kata bos, selak udang baru nampak mi...
Habis je melangsaikan mi udang, kami sambung perjalanan. Dalam keta semua senyap je...kenyang makan mi banjir udang Kuala Sepetang. Tetiba Khalid kata "aku ada rasa udang sedang berenang-renang dalam perut aku"'...hehehe! Memang hebat Mi Banjir Udang Kuala Sepetang.......1st time main pasir & mandi laut
Balik KB ari tu, bawak Danish ke Melody Beach (Pantai Irama), Bachok. 1st bagi dia "hari kelepasan" untuk main pasir. Dia macam heran bila mama dia tak marah dia main pasir. Bila bagi je green light, dia pun excited sangat main pasir..(nota: 1st time dalam hidup boleh kembur pasir, selalunya kena marah tak boleh pijak apatah lagi main pasir...). Lepas tu PaPa dia bawak mandi laut...1st time jugak mandi laut dari sejak dilahirkan. Selalu mandi swimming pool je.
Kelakar tengok dia excited kejar ombak. tergelak-gelak dia dalam air tu, sampai ada couple dekat-dekat situ ketawa tengok dia. Gelagat dia macam anak kucing yang main dengan benang...terlompat-lompat, terpusing-pusing...so cute! Very funny when he told me " mama, air laut masam..." dengan muka berkerut-kerut dan bahu terangkat-angkat...Hari tu dia dapat satu pengalaman baru dalam hidup dia...
"My little precious Danish Ikhman, mama luv u so much!"
Monday, June 9, 2008
Kembali ke Segamat..
Hari ini kembali bekerja setelah hampir 2 minggu meninggalkan ofis..bermula balik ke Kota Bharu pada 28/5-2/6, bersambung hingga la tamat konferensi pentadbir universiti pada 3-7/6 di Langkawi..Perjalanan dari Selatan ke Utara dengan kereta mengambil masa lebih kurang 10 Jam (nota: termasuk singgah2 makan, solat, dll). Konferensi berjalan lancar dan jenuh bershopping coklat dan corning ware.. Sampai di rumah pada 8/6 jam 2.00 pagi. Danish dan papanya dah tido..rindunya kat Danish...Usha dia untuk bangun tapi dia maintain tido, sampai la ke pagi...
Hari ni ke pejabat ingatkan dan pindah ke bilik mesyuarat utama sebab ofis nak renovate, tapi masih tiada perubahan...ofis baru Pejabat Bendahari belum siap lagi...maknanya tangguh lagi renovation bahagian kami..Pagi ni datang ofis dengan barang yang agak banyak. Sedikit cendarahati dari Kelantan dan Langkawi untuk staf..

Tuesday, May 20, 2008
Abah
Abah demam...nampaknya jangkitan demam yang aku mulakan masih belum reda. Teruk juga demam abah sampai tak lalu makan. Ubat lagi la susah dia nak telan. Abah tetap abah...pandang ubat sebelah mata.
Mak macam biasa, jadi jururawat paling setia, dengan skrip biasanya "kalau tak makan ubat, macam mana nak cepat baik". Tapi abah tetap dengan jawapan standardnya.."nanti dulu la". Kadang-kadang lawak jugak abah ni. Muka memang garang tapi takut ubat...hehehe..
Ramai yang datang melawat abah bila dapat tahu dia sakit..dari pagi hari minggu sampai ke petang, ada saja yang melawat.. Masih tak hilang lagi tradisi tu kat kampung...datang ziarah bila ada yang sakit, berkongsi gembira bila ada kelahiran dan rewang bila ada majlis perkahwinan. Tak payah bawak duit atau hadiah, kehadiran tu dah cukup sebagai tanda ingatan. Terselit rasa terima kasih pada semua yang sudi jenguk abah ari tu.
Terima kasih kerana sudi menziarah abah!

Thursday, May 15, 2008
Kenapa Tak Berfikir??
Terhenti sekejap aktiviti menyusun kertas jawapan peperiksaan bila terpandang satu skrip jawapan.
Terlalu ringkas dan pendek..tidak sesuai dan tidak wajar dengan markah yang diperuntukkan.
Keperluan soalan lebih daripada setakat menyediakan senarai, tanpa ulasan dan penerangan. Mana mungkin mendapat 25 markah hanya dengan 2 baris jawapan!
Melihat kepada soalan yang ringkas, maka jawapannya juga ringkas???...otak saya berfikir dan memutuskan..mereka tahu jawapannya namun tidak mahu berfikir lebih jauh...menjawab tanpa berfikir. Timbul rasa kemanusiaan masa tu...tapi perlu dipastikan tidak melanggar etika peperiksaan, saya maklumkan pada calon-calon lain yang masih ada dalam dewan peperiksaan untuk menyemak dan meneliti jawapan yang diberikan. Mesti ada huraian dan penerangan dan bukan setakat memberikan senarai. Lihat markah yang diberikan dan sesuaikan dengan kualiti jawapan.
Tak taulah mereka boleh faham maksud saya atau tidak... dalam hati berharap mereka fikirkan arahan saya.
Kenapa tak nak berusaha tapi nak berjaya????..........

Monday, May 12, 2008
Demam....
Teruk kena demam kali ini. Hari Khamis dah rasa sejuk sangat. Masa tu pulak tengah uruskan mock teaching untuk pensyarah baru. Rasa macam nak tercabut sendi-sendi. Makan pun tak lalu. Dapat masuk taklimat kenaikan pangkat pensyarah sekejap je. Nak angkat kepala pun tak larat. (Bos sempat curi gambar melepek atas meja sebab dah flat). Sudahnya sampai petang tak larat. Balik pun Ijam datang jemput.
Esoknya makin teruk. Panas badan tinggi and tak lalu makan. Last2 MC je hari tu. Sekarang Ijam dengan Danish pun demam sama...kesian diorang, sebab aku diorang pun terlibat demam sekali...
Esoknya makin teruk. Panas badan tinggi and tak lalu makan. Last2 MC je hari tu. Sekarang Ijam dengan Danish pun demam sama...kesian diorang, sebab aku diorang pun terlibat demam sekali...
Monday, April 28, 2008
Tetamu
Semalam Kak Wa satu family datang umah on d way balik dari kampung..N pun ada sekali..lama tak jumpa dia. seronok berkumpul ramai-ramai..Last kitorang jumpa Hari Raya yang lepas... sampai kat umah kul 1.30 petang, ngam-ngam untuk lunch..
Menu tengahari tu terubuk bakar n sup tulang...seronok makan ramai-ramai...memang tulang je yang tinggal..
best tengok diorang selera makan...yelah, bukan selalu orang datang umah...Danish pun hepi jek ramai sepupu
dia ada..main ramai2..habis dia tuang semua mainan dia...sebelum diorang balik, sempat gorengkan popia otak-otak kempas... sedap! komen Abang Zul...Diorang balik lepas asar...sunyi balik dah umah tuh....:(

Friday, April 25, 2008
Penatnya...
Agak ketat jadual di pejabat. Beberapa perkara perlu dibuat dalam satu masa yang menuntut komitmen yang bukan sedikit. Kadang-kadang hampir mengeluh...tapi sempat menahan diri...mengeluh tu kan sifat orang yang berputus asa..motivate diri sendiri dengan membuat perbandingan dengan kawan2 lain di HEA yang pastinya lebih tertekan dengan kerja sedia ada.
Tapi perasan jugak yang ada 2,3 ulser dalam mulut...satu signal semulajadi tubuh yang memberitahu diri sedang menghadapi tekanan. Hilang sekejap nikmat makan bila ada ulser dalam mulut..
Cara terbaik mengatasi stress...kembali menjahit manik...sempat la belek kain terbaru (tempahan Kak Yun dari Pontian)...cantik warna bajunya...biru. Dah terfikir design yang nak dibuat (agak 'over' jugak) tapi dari awal2 lagi dia dah pesan..."jangan crowded2..buat simple2 je..nanti malu nak pakai..." hehehehe..
Tekun menjahit tak sedar plak Danish dah tidur dengan papa dia...pandai jugak papa dia tidurkan anak...boleh diharap untuk masa2 akan datang...hehhee...
Tak siap jugak baju tu malam ni...sambung la esok plak...dah kul 2.30 pagi..kena tidur la..
nanti overslept plak naya!
Ini la baju yang telah berjaya disiapkan sambil
berperang dengan Danish...hehehe
Tuesday, April 22, 2008
Exam Datang Lagi..
Peperiksaan akhir dah mula...teringat plak zaman2 study dulu, masa exam ni la rasa macam jam tuh cepat betul gerak...(sebab suka study last minute...hehehe)...
Khalid n the gang la orang yang paling bz sekali bila time exam ni...kerja dari subuh sampai senja...tapi keje punya pasal, semua tu tak jadi hal.. Pusat Islam UiTM Johor pun ada buat sembahyang hajat perdana sempena exam ni...khas untuk student uitm johor...salah satu usaha untuk berjaya...DOA!
Semoga kejayaan yang cemerlang menjadi milik semua student UiTM Johor.

Thursday, April 17, 2008
Kerja Oh Kerja!
Balik dari BTN di Ulu Sepri N9....selepas diBTNkan selama 5 hari...
Meja penuh dengan surat2 untuk dikeluarkan. Maklumlah bos takde (kat Shah Alam) so surat2 semua kena la aku takeover.. Letih jugak sign surat2 ni..masa ni la terasa nak tukar signature...tapi rasanya2 signature aku tak pernahnya lawa pun....:)
Walau apa pun, kerja tetap kerja dan kualiti kena maintain...balik lambat la nampakmya ari nih...macam biasa,
danish hero aku si kecil tuh pun kena la overtime kat rumah baby sitter....tapi setakat ni dia ok je..kena tinggal pi BTN pun takde masalah...macam tu la hero mama.....Kadang2 kesian juga ngan danish ngan papa dia..selalu sangat kena tinggal...tapi nasib baik hero2 tu understanding...

Wednesday, April 16, 2008
Hari Ini Dalam sejarah
Hari ini dalam sejarah bila aku cuba create blog sendiri... mula2 mintak tolong kaleed buatkankan tapi cuba2 sendiri...ok je. Takde lah susah sangat tapi banyak lagi aku kena belajar dari kaleed. Lepas ni kenalah buat tuition after office hour how to maintain blog ni...
Tetiba je dapat idea nak buat blog...idea di pukul 615 petang...tapi sebab baru sangat2...jadi masuk teks jelah dulu...gambar ke graphic lain ke...tunggu lepas kaleed dah bagi turun ilmu dia....
Tetiba je dapat idea nak buat blog...idea di pukul 615 petang...tapi sebab baru sangat2...jadi masuk teks jelah dulu...gambar ke graphic lain ke...tunggu lepas kaleed dah bagi turun ilmu dia....
Subscribe to:
Posts (Atom)