A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, November 26, 2014

Bapa Tua Itu....

Pengalaman ini mencetuskan keinginan untuk kembali menulis.


Hati saya syahdu kerana seorang bapa.


Ini kisah seorang bapa di mana anaknya belajar di tempat saya bekerja. Anak beliau tidak dapat meneruskan pengajian kerana masalah kesihatan. Dia datang menguruskan perkara itu. 


Saya bersembang santai dengan si bapa untuk berbahasa. Sehinggalah saya dapat tahu dia datang ke sini dengan menaiki motosikal. Si bapa datang dari jauh. Jarak tempat tinggalnya ke sini melebihi 100km. Umur si bapa hampir 70 tahun.


Jujur saya kasihan melihat fizikal si ayah dan hati saya bertambah sayu bila tahu dia datang dengan motosikal. Dia keluar jam 10 pagi dan tiba di sini jam 2.30 petang.


"Pakcik bawa perlahan..tak laju pun..mata dah tak berapa terang. Berhenti rehat dan minum dulu sebelum sampai ke sini".


Allahuakhbar..saya betul2 sedih..hati saya memang tersentuh.


Berkali-kali ucapan terima kasih keluar dari mulutnya sebelum dia meninggalkan bilik saya.


Saya berharap agar anaknya akan menjaga dan mengasihi bapa itu seperti mana bapanya sanggup berkorban untuk dirinya hari ini. 


Wajah tua itu membuatkan saya teringatkan wajah tua ayah saya..



"Ya ALLAH Engkau lindungilah pakcik itu, mudahkan dan selamatkanlah dia dalam perjalanan pulang. Sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pelindung"...