A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, November 10, 2008

Kerja Oh kerja!

Bersusun senarai aktiviti pentadbiran yang perlu dilaksanakan. Dari temuduga pengambilan pensyarah, Audit ISO, kenaikan pangkat kumpulan sokongan, kenaikan pangkat pensyarah, PTK staf kumpulan D, minit2 mesyuarat yang masih belum selesai dan beberapa perkara lain menyebabkan kepala aku agak sesak. Ada jugak bawak balik rumah dokumen kenaikan pangkat pensyarah. Hajat dihati nak semak semasa hujung minggu. Akhirnya dokumen tu tak berusik. Sama duduknya dari hari pertama sampailah dibawa balik semula ke ofis pagi ni. Sibuk sepanjang minggu dengan family Ijam yang masih ada kat sini.
Dalam hati bimbang juga takut tak habis go through permohonan yang dihantar. Berdebar tengok fail yang setebal 3,4 inci setiap satu. Masa ni lah aku rasa 24 jam tu tak cukup..hehehhe (manusia memang selalu rasa tak cukup...) Dalam hati dah bertekad. Kalau sampai hari Khamis tak habis semak, memang bawak balik rumah dan stay up sampai ke pagi la jawabnya..Harap2 niat aku dapat terlaksana..tu je cara yang aku boleh pikir buat masa ni. Mana tau masa nak tido kang aku dapat idea lain nak settlekan dokumen yang berlambak2 tuh...hehehe.

Thursday, November 6, 2008

Hari Ini

Semalam (05/11) Ijam buat kimo untuk kesekian kalinya. Bermakna, malam semalam juga rutin seksa kimo berulang lagi setelah 2 minggu direhatkan. Jam 2.00 pagi dia muntah2 sampailah hampir menjelang subuh. Rasa kelat mata tahan mengantuk tapi tak sampai hati nak biar dia sorang2. Dia terlelap jam 5.30 pagi tapi aku terus bangun (kalau tido takut terlajak pulak..). Pecah rekod tak tido semalaman. Hari ini dalam sejarah bila aku masak nasi lemak pagi2 buta sebab keluarga Ijam akan sampai jam 6.00 pagi. Kelam kelibut juga pagi ni. Mana nak kejar masak, jemput diorang kat stesen keretapi n siap2 nak gi kerja. Tak sempat nak makan sebab dah lewat.. [alahai..tak tau la macam mana rasanya nasi tu]
Sampai ofis tengok kawan2 officer semua ada kat lobi nak bertolak ke Terengganu (ada program bersama VC). Tetiba rasa sayu plak tengok diorang dalam bas. Adus! sentimental pulak di pagi2 hari....hehehe. Bos dengan En Husin pun ke Terengganu, Shahnadz ke klinik dan beberapa orang staf keluar atas urusan sendiri menjadikan ofis jadi lengang. Semangat kerja macam lemau je, selemau biskut kering yang dah masuk angin 3,4 hari......

Wednesday, November 5, 2008

Hilangnya Nikmat

Manusia tidak akan menghargai atau lupa nilai sesuatu anugerah sehinggalah ianya ditarik balik... Ijam dah banyak kehilangan nikmat yang dipinjamkan sebelum ini. Nikmat sihat, nikmat tidur dan nikmat makan adalah nikmat yang telah ditarik balik olehNYA. Kepayahan untuk rehat dan tidur (kerana sakit tulang belakang dan perut) menyebabkan badannya lesu (juga akibat kimoterapi yang berterusan) dan selera makannya juga hilang. Individu yang amat gemar makan tiba-tiba hilang selera untuk apa jua makanan. Rasa kesian melihat keadaan Ijam yang hanya boleh makan tidak lebih dari 3 suap. Tidurnya yang tak pernah lena kerana kesakitan yang berterusan mengundang rasa bersalah untuk aku melelapkan mata. Sedih, sayu semuanya ada tapi tetap ku tahan aimata agar tak tumpah di depan dia. Hanya ALLAH yang tahu apa yang aku rasa. Dalam hati berdoa agar satu hari nanti ALLAH anugerahkan semula nikmat tersebut kepadanya.
Secara tidak langsung keadaan ini mengajar erti BERSYUKUR. Syukuri segala nikmat yang diberi sebelum ianya ditarik balik yang kita tak tahu bila ianya akan berlaku.