Perbualan berlarutan dari satu isu ke satu isu lain. Akhirnya menyentuh tentang mudahnya wanita nak masuk syurga dan relevannya doa memohon untuk masuk ke syurga tanpa dihisab. Kami merungkai hadis2 yang popular berhubung perkara ini. Antaranya:
"Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab".
"Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara
kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana
sahaja yang dikehendaki".Tiba2 terlintas di hati aku betapa bertuahnya wanita2 yang punya suami di luar sana. Istimewanya seorang wanita yang bergelar isteri. Sedangkan aku dah tak punya keistimewaan itu. Aku suarakan pada Prof dan beliau berpesan: Jaga kehormatan diri walaupun you sekarang single parent. Jangan bimbang...Allah Maha Adil..
Terlihat di mata aku satu lagi hikmah mengapa aku ditempatkan di sini Ya Allah..
6 comments:
kalau gitu, eloklah dapatkan seseorang sbg teman hidup...
Assalamualaikum Puan
Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Banyakkan bersabar dan banyakkan beribadat kepadaNya. InsyaAllah selamat dunai dan akhirat.
Wassalam
PS: Terbaca entri ini semasa melayari blog Prof.
salam tuan rumah,
bagus entri ni.
yalah, biasanya kita mendengar hadis betapa mudahnya si isteri memasuki syurga jika dia taat pada suruhan Allah dan suami.
tapi saya ada soalan,
1. bagaimana jika sisuami asyik komplen si isteri,ada2 saja tak kena, mungkin sifatnya yg tidak bersyukur, panas baran atau ada pihak ketiga, jadi dlm kes ini nak tunggu suami redha pada istri mmg susah..
tapi kes single parent spt tuan rumah timbulkan, saya harap ada artikel khususlah, termasuklah kepada kaum wanita yg tidak bertemu jodoh, kesihan jg kpd golongan ini, bila disebutkan kisah istri2 mudah masuk syurga, terasa kurangnya pada diri,sedangkan ini semua takdir Ilahi..
bagaimana tuan rumah?
kpd sdr ahmad nawawi
(hehe sori menyibuk kat blog ni..)
biasanya kaum wanita bukan mudah mencari pasangan hidup, terutamanya yg pernah merasa kecewa.. single parent yg ada anak ramai ke, anak kecik ke,dsb..
golongan ini biasanya begitu berhati2 maklumlah umur dah makin matang,mrk nak habiskan sisa2 hidup dgn berkualiti,dgn sidia yg benar2 ikhlas..
saya jgk ada ramai kenalan yg masih solo walaupun dah cecah 30,40an..simpati pun ada,mrk ni baik,pandai masak dll mcm org lain jgk..tapi,jodoh pertemuan di tgn Tuhan..
sabar je lah walau apa2 pun status kita krn kita pun tahu sifat-Nya Yg Maha Adil..
tuan rumah,
sorilah terpanjang sikit menulis di sini, maaflah kalau tak relevan..
Puan Wan Salmah..
terima kasih utk respon puna..sangat dialu2kan untuk berkongsi pendapat dan ilmu..
Itu adalah luahan hati saya sangat cetek ilmu..rupanya ALLAH ada memberi keistimewaan ibu tunggal juga wanita yg belum bertemu jodoh. Prof maklumkan pada saya tentang Surah Maryam dan saya sedang mempelajari surah tersebut. InsyaAllah, akan saya ulas dalam entri yang akan dtg.
Sekian.By the way, nice knowing u..
antara sebab saya nak kahwin cepat dan saya sanggup bersabar dengan segala ujian melanda :)
Post a Comment