A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, April 16, 2010

Tanda Ingatan


Saya teruja menerima hadiah ini - tanda ingatan kerana bertukar bahagian. Disampaikan oleh penulisnya sendiri - Roza Roslan. Cantik..detik hati bila melihat cover buku tersebut. Bunga ros merah segar yang sedang mekar seolah2 menyuntik semangat untuk membaca buku tersebut walaupun saya sudahpun membacanya ketika ianya belum ada cover.

"U adalah orang ketiga yang mendapat buku ni selepas mak dan abah Roza" kata Prof. Saya senyum simpul mendengarnya. Ianya satu penghargaan buat saya. Terselit sedikit rasa bangga walaupun bagi sesetengah orang ianya mungkin perkara biasa-biasa sahaja.

Terima kasih Kak Roza atas ingatan dan hadiah tersebut. Doa saya semoga Allah membukakan ruang dan memudahkan jalan untuk Kak Roza terus berkarya.

No comments: