Prof memulakan bicara dengan:
"mendengar bacaan ayat2 suci Al-Quran boleh melembut dan melenturkan hati
manusia tapi, lebih elok jika dapat membaca sendiri ayat2 Al-Quran dan dalam
masa yang sama memahami maksud dan tafsirannya".
Ianya nampak kecil tapi sangat signifikan. Al-Quran sememangnya penawar hati yang sangat mujarab. Suatu ketika dulu, sewaktu tahap kesihatan Ijam jatuh merudum, hati saya sangat 'sakit'. Sentiasa resah, gelisah, sedih dan seribu satu perasaan yang lain. Dalam masa yang sama, fikiran2 jahat tentang takdir dan ketentuan Allah juga menyesakkan dada. Hati saya bertambah walang bila Ijam koma dan diberitahu peluangnya untuk sedar amat tipis. Ketika itu, saya sangat2 helpless dan saya seolah2 hilang arah dan pegangan. Di saat itu, Allah gerakkan hati saya untuk membaca Al-Quran sepanjang masa saya di hospital. Saya melakukannya secara konsisten walaupun pada ketika itu, saya tidak tahu apa tujuan sebenar saya berbuat demikian. 3 hari Ijam koma, doktor memberitahu bahawa saya perlu pasrah dan redha dengan apa jua kemungkinan.
Tiba2 saya rasa rindu sangat dengan kebiasaan saya membaca Al-Quran sewaktu ditimpa kesusahan dahulu. Ada ketikanya saya tewas dengan kesibukan dunia hingga sering menyatakan "tak apalah, esok pun boleh baca". Nyata, kesusahan dan dugaan Allah itu mendekatkan diri kita padaNya. Benarlah kata orang, kita akan ingat Allah bila diuji dengan kesusahan dan melupakannya ketika senang.
Selain itu, Prof juga menyentuh tentang amalan bersolat malam.
"Bangun, bersolat malam. Kemudian, mohonlah, merintih dan merayu dan bercakaplah dengan Allah ketika kita menghadapi masalah dan ujian. Allah pasti membantu. Jalan penyelesaian akan Allah tunjukkan tidak kira sebesar mana pun masalah yang sedang kita hadapi".Sebenarnya, saya sedang menghadapi kesulitan kebelakangan ini dan berniat untuk berjumpa dan bercerita dengan Prof selepas tazkirah bagi melegakan ketegangan dalam diri sendiri. Tazkirah Prof pada hari ini telah menyedarkan saya tentang tindakan yang perlu saya ambil dalam menghadapi kesulitan tersebut. Mohon dan mintalah, Allah pasti akan membantu kerana Dia Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.Saya batalkan niat untuk bertemu Prof dan saya tahu apakah jalan penyelesaian kesulitan saya itu.
Terima kasih Prof atas ilmu yang dikongsikan tadi. Ianya satu pendekatan yang simple tapi memberi impak yang tersendiri.
No comments:
Post a Comment