Hari ini aku selesai menduduki PTK. Kebetulan semalam aku diserang selsema yang agak teruk. Dalam masa yang sama Danish selsema dan demam juga. Kepala agak berat, hidung pun rasa sarat sangat. Masa untuk study pun agak limited. Jadinya, semalam dan hari ini aku datang exam lebih kepada tawakal. Ikhtiarnya tak 100% sebab memang agak sibuk sangat sampai study pun ala-ala aje. Bila malam, buka buku je terus terlelap.
Aku dimaklumkan ini PTK terakhir mengikut format sedia ada. Kemungkinan tahun depan akan gunakan format baru. Format yang macam mana, aku pun tak tahu. Yang pasti, aku dah tanam azam tak nak repeat paper. Belum pernah dalam sejarah hidup aku repeat mana-mana paper dalam exam. Jangan kali ni aku pecah rekod sudah. Harap2 restu mak dan abah yang aku pohon sebelum exam membantu aku untuk lulus Aras IV. Amin...
TQ En Khairul sebab wish me luck masa nak exam. Ingat jugak boss yang saya nak exam ye..:)
5 comments:
Assalamualaikum
kita tidak saling mengenali, namun membaca blog ini begitu meruntun hati saya.
tanpa saya sedar bercucuran airmata saya...subhanallah
Semuga Jaja tabah.
kak wati
salam puan jaja..
saye harap puan tabah menghadapi cabaran yg mendatang...
arwah ayah saya juga menghidap sakit yg same seperti arwah suami puan..ttp tidak dikemoterapi & telah meninggalkan kami sekeluarga pada bulan April yg lepas..
saye simpati pada mak yg sendirian & memberikan kami yg terbaik walaupon dlm keadaan masih bersedih...& saye paham ape itu kehilangan..hanya kenangan yg tgl..
Al-Fatihah pada yg tiada lagi di muka bumi ini..semoga roh mereka dicucuri rahmat..
aminn....
Assalamualikum Puan,
Saya sebenar sedih dengan nasib puan ni kerana bos orang pontian dah ditukarkan ke Shah Alam. Lepastu Bos kat rumah pula ditukarkan ke Alam Barzakh.Oleh itu berbanyak-banyak berzikir dan berdoa agar kita diberikan ketengan dalam menghadapi dugaan hidup. Orang kain lagi susah suami meninggal dan isteri tidak bekerja mana tempat mengadu. Syukurlah kepadanya. Wassalam dari penawaruitm
Salam Kak Wati,
Saya tidak berniat menagih simpati sesiapa. Blog ini adalah tempat luahan hati dan perasaan saya. Tai terima kasih kerana sudi melawati blog saya. semoga ukhwah ini berpanjangan.
Salam puan jaja,
Puan merupakan pegawai kedua yang saya temui semasa memulakan pendaftaran. Saya doakan agar puan tabah menghadapi dugaan hidup. bila kita rasa sedih orang lain lebih sedih. berdoalah kepadaNya semuga dipermudahkan hidup seharian.
Post a Comment