Kek birthday yang banyak flowers
Danish dengan sepupu-sepupunya sibuk 'booking' flowers
Inilah kek harijadi Danish yang dia kata ada banyak flowers. Dari pagi dia tanya bila nak potong kek dia. Tak ada majlis apa2 pun, cuma doa selamat satu keluarga sahaja. Ira, Irfan, Lokman dan Kak Long (Anak2 Kak Ila) semua ada hadiah untuk Danish. Mesti diorang simpan duit belanja sekolah untuk beli hadiah tu. Harga hadiah tak penting, yang penting keikhlasan diorang memberikan hadiah juga tanda ingatan mereka. Danish hepi sangat bila sepupu-sepupu dia bagi hadiah.
Kereta yang Papa nak hadiahkan pada Danish
Ini hadiah dari Ayah Li sekeluarga (Pakcik Ijam). Sebenarnya Ijam pernah berniat nak bagi hadiah ni untuk Danish masa birthday. Ijam pernah bagitau saya dia nak hadiahkan kereta ni sebab cantik, murah sikit harganya kat Kota Tinggi compare kat Segamat. Bila dia dah takde, pakcik dia pulak hadiahkan sebab nak sampaikan hajat arwah. Dia cakap kat Danish itu hadiah dari Papa. Masa tu rindu saya pada Ijam betul2 membuatkan hati saya sedih tapi saya tahan perasaan sendiri. Sehinggakan saya berangan-angan seolah-olah Ijam ada dalam majlis tersebut.
Hati saya tersentuh dengan keprihatinan dan keikhlasan diorang semua pada Danish. Semoga ALLAH memberikan balasan kebaikan yang berlipat ganda kepada mereka.
2 comments:
Happy birthday to Danish..
Semoga puan terus tabah mengharungi ujian dan dugaan...
yus - fskm johor
Salam.
Semoga Puan tabah dan sabar menumpuhi ujian dan dugaan ini, juga hari-hari yang mendatang... semoga Danish juga tabah dan membesar menjadi insan soleh..
Hisham, fskm
Post a Comment