Hmm..semua itu memungkin dia untuk diserang demam.
Habis kerja semalam saya bawa dia ke klinik. Badannya masih lagi panas, mata berair dan hidung pun tersumbat. Kesian tengok dia macam tu. Dalam demam2 pun dia masih lagi ligat main helikopter dia. Excited nak bagi helikopter tu terbang. Memang susah nak percaya dia demam kalau tengok cara dia bermain. Masih boleh melompat sana sini. Dia memang tidak menyusahkan walaupun tidak sihat.
Demam ini memberikan hikmah tersendiri. Kebelakangan ini saya agak terlalai dari memberikan perhatian kepada Danish. Demam ini membolehkan saya memeluk, mengusap dan membelai Danish lebih dari kebiasaan. Ia menyedarkan saya bahawa si kecil itu sangat memerlukan perhatian dan kasih sayang saya. Dia hanya ada saya. Saya bersyukur dengan peringatan dariNya.
Sesungguhnya Allah amat kasih dan sayang pada hambaNya.
3 comments:
Salam Puan, letak tuala lembab di dahi Danish esp masa dia tidur,lnsyaAllah akan meredakan panas demam. Silent reader, Dilla.
Dilla: TQ sebab berkongsi ilmu.. TQ also for visiting my blog..
Salam Puan, meleleh airmata saya baca n3 Puan kali ini.Sabarlah adik,Allah maha mengetahui apa yang terbaik utk adik,semuga adik menjadi anak yang soleh untuk mama dan papa adik, lnsyaAllah.Salam and hugs dari auntie Dilla.
Post a Comment