A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, June 1, 2010

Kasih Sayang

Kasih sayang itu amat subjektif dan tidak tertumpu kepada mereka yang sedang berkasihan atau di alam cinta sahaja. Kasih sayang perlu sesama adik beradik, sanak saudara, rakan sekerja, antara orang atasan dan orang bawahan dan seterusnya sesama manusa dan semua kejadian Allah. Kasih sayang boleh menghilang perasaan hasad dengki dan ingin menzalimi. Terhasil daripadanya persekitaran yang harmoni dan sihat.

Hati yang punya perasaan kasih dan sayang tidak akan sanggup menindas dan menzalimi sesama manusia. Bila luputnya kasih dalam jiwa, maka kezaliman dan penindasan akan berlaku. Suami menindas isteri, raja menindas rakyat, ketua menindas pekerja. Kuasa menjadi lambang kepada keangkuhan dan kesombongan.

Perasaan rendah diri semakin lenyap dan dada semakin mendabik megah. Perkara ini sedang berlaku dalam dunia sekarang, dari syarikat2 konglomerat sehinggalah sekecil2 perniagaan. Ianya berlaku dalam organisasi kita, di kalangan mereka yang sangat hampir dengan kita..cuma sama ada kita sedar ataupun tidak.

Semoga kita semua dilindungi oleh Allah dari mereka yang zalim dan tidak punya perasaan kasih sayang lagi. Aku berlindung denganmu Ya Allah!


No comments: