Hagemaru, Fukuchan & Detective Conan
Antara cerita2 favorite Danish
Astro Ceria adalah siaran TV kegemaran Danish - sebab memang channel untuk budak2. Setiap malam dia akan minta untuk menonton kartun walaupun saya yakin sepanjang hari di rumah pengasuh pastinya dia melekat dengan siaran tersebut. Ada ketikanya dia boleh dibawa berunding tapi ada ketikanya dia menggunakan kuasa 'mulut bisingnya' untuk dapat menonton rancangannya. Bingit teliga dengar mulut dia tak henti2 minta ditukarkan siaran tv. Dia tahu semua tajuk cerita di siaran tersebut. Tunjukkan saja gambar dan tanyalah tajuk ceritanya, dia boleh menjawab dengan tepat.
Satu kekurangan Danish, dia masih belum dapat mengenal semua nombor jadi dia belum pandai tekan remote control untuk cari siaran tersebut. Selalunya dia main hentam je apa2 nombor dan ada kalanya mengena juga. Ianya menjadi masalah apabila saya sedang bersolat ataupun di dalam bilik air, dia akan merengek2 tanpa henti untuk dibukakan siaran tersebut.
Oleh itu, saya ajarkan dia tekan punat2 remote control. Dia boleh mengingati butang2 remote yang perlu ditekan hanya dengan sekali ajar dan kini lebih mudah sebab dia dah boleh tekan sendiri. Lega bila dia tak menggangu sangat semata2 kerana remote. Saya fikir ianya menyelesaikan masalah, tapi masalah lain pulak timbul..dia tukar channel ikut suka hati dia je..aduhai..sedang melayan perasaan menonton cerita tiba2 je jadi cerita kartun..potong feel betul! Apa yang telah saya buat tu adalah penyelesaian jangka pendek yang kurang cerdik rupanya. Lepas ni kena fikir kaedah yang lebih cerdik...:)
1 comment:
hihihi..memang anak kecil akan mggunakan sound power dlm perang rebut siaran.. terpaksala kita mengalah..kalau masa takde siaran lain yg best takpe gak..selalunya terpaksa melayan kartun yg brp kali ulang siaran..
Post a Comment