Hanya mereka yang terpilih sahaja boleh membawa gelaran Ibu. Meskipun ramai yang mahu dan inginkan gelaran tersebut, namun tidak semua akan mendapatkannya. Oleh itu, mereka yang sudah dianugerahi gelaran tersebut perlu menghargainya.
Hakikatnya bukan mudah menyandang gelaran tersebut, apatah lagi apabila amanah yang diberikan memberikan ujian yang bukan sedikit. Saya kagum dengan ibu2 di luar sana yang sanggup berkorban jiwa dan raga bagi memastikan kesejahteraan anak2. Bergelumang dengan suka dan duka serta bergelut dengan seribu kepayahan bagi memberikan yang terbaik untuk anak2.
Hati tersentuh tatkala membaca kisah ibu2 yang diabaikan anak sendiri. Lebih memilukan bila si anak yang dahulunya dibelai dan dimanja kini mencaci dan mendera ibu sendiri. Saya memohon perlindunganNya dari melakukan dan diperlakukan sebegitu rupa.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu saya, Rugayah Jono, ibu mentua Rakbi Daud dan Puan Hasnah - ibu saudara Ijam yang seperti ibu kandung juga. Doa, pengorbanan dan sokongan mereka yang sering mengiringi perjalanan hidup saya amat saya hargai. Semoga insan2 istimewa ini dalam rahmat Allah sentiasa.
1 comment:
Selamat Hari Ibu..
regards,
k.roha
Post a Comment