Hari pertama bertugas di HEA dan PJI. Setengah hari pertama adalah briefing dan sesi berkenalan dengan staf HEA dan juga PJI. Malu juga walaupun semuanya dah kenal...:). Menerima taklimat tentang peranan dan fungsi PJI membuka minda dan mata kau tentang bahagian ini. Sebelah petang pula, setelkan hal-hal komputer dan juga Lotus Note dengan staf Unit IT. Kiranya aku masih belum melaksanakan apa-apa tugas lagi di sini.
Aku mengambil peluang bertukar di musim peperiksaan untuk memahami selok belok pengurusan peperiksaan akhir pelajar. Rugi rasanya kalau tak tahu pasal HEA sebab aku sendiri secara hakikinya adalah Penolong Pendaftar HEA. Respon dari Bos HEA amat positif bila aku suarakan permintaan untuk berada di HEA semasa musim exam. Hasilnya, separuh hari aku di PJI dan separuh hari lagi di HEA. It is fair enough for me.
So, hari ini adalah satu permulaan yang positif dan aku akan sentiasa mempositifkan diri aku sampai bila-bila....InsyaALLAH!
nota: seronoknya kalau aku dapat bercerita tentang pengalaman ini pada Ijam. Rindu awak sangat Be!
3 comments:
Puan Jaja,
Good luck di tempat kerja baru. Jasa kita tak perlu dipertontonkan. Mata-mata yang memerhati tahu menilai yang mana kaca yang mana intan. yang penting, kita ikhlas, insya Allah sentiasa ada balasan dariNya.
Anonymous..
saya setuju dengan awak..harap2 tempat baru membawa cerita baru yang lebih indah...)
Salam.
Selamat bertugas di tempat baru.
Hisham, FSKM
Post a Comment