A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday, November 1, 2009

Bertukar

Hari ini aku selesaikan kerja-kerja mengemas ofis. Mulai esok (2/11) aku akan berkhidmat di Bahagian Akademik (HEA) dan dalam masa yang sama juga di Bahagian Penyelidikan (PJI). Pertukaran adalah perkara biasa dalam perkhidmatan di UiTM. Kalau tak berpindah kampus, berpindah bahagian pasti berlaku.
Aku positif dengan pertukaran. Aku harapkan pertukaran ini membawa sinar baru dalam perjalanan kerjaya aku. Menggarap pergi warna-warna kelam yang terlukis dalam kerjaya aku kebelakangan ini. Harap-harap pertukaran ini dapat mengembalikan kepercayaan orang kepada kebolehan diri walau tak banyak untuk dibanggakan.
Apa-apa pun boleh berlaku dengan kehidupan kita. Aku lebih positif dan redha dengan apa juga ketentuan hidup. Bukan mudah untuk aku sentiasa redha dengan apa yang berlaku tapi ianya berjaya aku pupuk selepas aku kehilangan Ijam. Ketiadaan Ijam memberikan impak yang sangat besar dalam hidup aku dan salah satunya adalah aku menjadi sentiasa redha dengan apa jua yang berlaku dalam hidup aku. Kematian Ijam juga membuka pintu kesedaran bahawa siapalah kita untuk menentukan apa yang kita mahu sedangkan ALLAH telah merencanakan hidup kita dengan lebih baik. Dengan redha, hati aku lebih tenang dan kurang rasa ingin memberontak.

02 November 2009 tarikh keramat aku di tempat baru dan dalam hati tersemat satu azam untuk memperbaiki kualiti diri dan kerjaya. Semoga perjalanan aku dipermudahkan olehNYA.

2 comments:

Muhammad Khalid said...

Blog sudah berwajah baru,
Ada butterfly...cun lagi,
Semoga selesa di tempat baru,
Yang ditinggal jangan dok diingat lagi...

Nanti aku belanja makan.....

Ahmad Nawawi Yaakob said...

selamat bertugas di tempat baru.. dah dekat BPJI, selalulah kita terserempak.. BPJI best sbnrnya.. ceria selalu.. happenis..
(Blog baru ni tak terang le, susah nak baca bg yg rabun ler mcm sy