Bersusun senarai aktiviti pentadbiran yang perlu dilaksanakan. Dari temuduga pengambilan pensyarah, Audit ISO, kenaikan pangkat kumpulan sokongan, kenaikan pangkat pensyarah, PTK staf kumpulan D, minit2 mesyuarat yang masih belum selesai dan beberapa perkara lain menyebabkan kepala aku agak sesak. Ada jugak bawak balik rumah dokumen kenaikan pangkat pensyarah. Hajat dihati nak semak semasa hujung minggu. Akhirnya dokumen tu tak berusik. Sama duduknya dari hari pertama sampailah dibawa balik semula ke ofis pagi ni. Sibuk sepanjang minggu dengan family Ijam yang masih ada kat sini.
Dalam hati bimbang juga takut tak habis go through permohonan yang dihantar. Berdebar tengok fail yang setebal 3,4 inci setiap satu. Masa ni lah aku rasa 24 jam tu tak cukup..hehehhe (manusia memang selalu rasa tak cukup...) Dalam hati dah bertekad. Kalau sampai hari Khamis tak habis semak, memang bawak balik rumah dan stay up sampai ke pagi la jawabnya..Harap2 niat aku dapat terlaksana..tu je cara yang aku boleh pikir buat masa ni. Mana tau masa nak tido kang aku dapat idea lain nak settlekan dokumen yang berlambak2 tuh...hehehe.
3 comments:
Salam jaja,
Entah how tetiba ternampak blog u. Eh, nama anak kita sama ler.. hehe, cuma mine is Danish Izhan.
Dah berzaman rasanya I tak bawa balik kerja ke rumah. Cuma, kalau nak revision saja, buat waktu malam-malam buta.My experience juga, memang tak akan selesai bawa kerja office ke rumah. Lagipun, kat rumah, kena ler buat kerja rumah atau dapatkan rehat yang secukupnya. Esok, kerja semula dengan minda yang cergas. Cubalah... Selamat bekerja.
Jaja, keje tu mmg tak abis.. kesihatan hang kene dijage jugak tau. Aku tau ko mmg tabah org nyer. Tak sume yg mampu handle mcm ko. Tabik spring la kat ko jaja. Take care darling..
Salam Jaja..
Terima kasih atas komitmen yang Jaja berikan. Allah sahaja yang mampu membalasnya. Kami doakan yang terbaik buat Jaja sekeluarga.
Saya sendiri melalui 2 pengalaman ahli keluarga terdekat menderita dek kerana kanser.
Allah maha mengetahui..
ECU, Western Australia
Post a Comment