Manusia tidak akan menghargai atau lupa nilai sesuatu anugerah sehinggalah ianya ditarik balik... Ijam dah banyak kehilangan nikmat yang dipinjamkan sebelum ini. Nikmat sihat, nikmat tidur dan nikmat makan adalah nikmat yang telah ditarik balik olehNYA. Kepayahan untuk rehat dan tidur (kerana sakit tulang belakang dan perut) menyebabkan badannya lesu (juga akibat kimoterapi yang berterusan) dan selera makannya juga hilang. Individu yang amat gemar makan tiba-tiba hilang selera untuk apa jua makanan. Rasa kesian melihat keadaan Ijam yang hanya boleh makan tidak lebih dari 3 suap. Tidurnya yang tak pernah lena kerana kesakitan yang berterusan mengundang rasa bersalah untuk aku melelapkan mata. Sedih, sayu semuanya ada tapi tetap ku tahan aimata agar tak tumpah di depan dia. Hanya ALLAH yang tahu apa yang aku rasa. Dalam hati berdoa agar satu hari nanti ALLAH anugerahkan semula nikmat tersebut kepadanya.
Secara tidak langsung keadaan ini mengajar erti BERSYUKUR. Syukuri segala nikmat yang diberi sebelum ianya ditarik balik yang kita tak tahu bila ianya akan berlaku.
No comments:
Post a Comment