Wednesday, June 30, 2010
Ayah Su Danish
Rasanya kali terakhir kami berjumpa adalah setahun yang lepas. Adalah beberapa kali bertanya khabar melalui telefon. Lalu, bila semalam dia memaklumkan akan datang ke rumah, Danish merupakan orang yang paling gembira. Senyuman tanda dia sangat2 excited nak jumpa Ayah Su tak boleh nak disorok2.
"Ayah Su dah ada car baru. Siap warna black lagi"..Komen Danish bila dia nampak kereta baru Ayah Su. Oh....patutlah Ayah Su boleh melawat kami..dia dah punya kereta sendiri rupanya. Alhamdulillah, rezeki yang semakin bertambah nampaknya.
Kalau sebelum ini, agak susah untuknya bergerak kerana tiada kenderaan sendiri. Sementelah tempatnya bertugas berada jauh di ceruk2 mana ntah. Maklumlah kan NAVY.. Kesempatan berada di Kuantan dan dah ada kereta sendiri digunakan untuk melawat kami. Syukur, dia masih tak lupa pada kami, terutamanya Danish. Sebelum2 ini, bukannya dia tak ingat pada Danish, cuma sukar bergerak bila tiada kenderaan sendiri.
Danish dapat cuti hari ini -tak perlu ke rumah baby sitter dan sepanjang hari dia melayan Ayah Su. Silap2 Ayah Su yang melayan dia..hehehe...
Bila saya tengok Danish bergurau senda dengan Ayah Su, saya terfikir, mungkin beginilah caranya dia akan bergurau dengan Papanya-jika Ijam masih ada.
Lepas ni Ayah Su bolehlah selalu2 melawat kami di sini sebab dah ada DBR XXXX... :)
Thursday, June 24, 2010
Kasih Anak
Wednesday, June 23, 2010
Sunday, June 20, 2010
Selamat Hari Bapa Abah!
Satu perkara yang saya amat kagum dengan Abah - ketepatan masa. Abah akan keluar bekerja dan mula bekerja semula selepas rehat tengahari dalam waktu yang sama setiap hari. Tidak akan lewat melainkan ada perkara yang benar2 tidak dapat dielakkan. Dia sentiasa menepati masa bekerja walaupun tiada sistem punch card mahupun supervisor dalam menjalankan tugasnya. Abah amat berdisplin dalam menjaga waktu bekerja. Sesuatu yang bukan mudah untuk dibuat oleh semua orang.
Saya amat berterima kasih pada Abah atas segala kebaikan dan pengorbanan yang Abah lakukan untuk kami sekeluarga. Doa saya, apa yang telah Abah lakukan akan diterima sebagai ibadah dan diberikan balasan kebaikan olehNya.
Selamat Hari Bapa kepada abah saya HAJI MD SUPAAT BIN KAMIN. Semoga dalam limpahan rahmat Allah sentiasa.
Saturday, June 19, 2010
Terbiar
Hari ini saya menjenguknya seperti biasa. Oh...rumput dah meninggi dan nampak sangat subur di seluruh tanah perkuburan. Cuaca yang sering hujan menyebabkan rumput tumbuh segar bugar!
Tersentuh hati saya bila melihat pusara Ijam dikelilingi rumput yang tinggi. Nampak seperti tidak pernah dikunjungi dan terbiar. Rasa bersalah terselit di sudut hati saya bila melihat keadaan pusaranya yang seperti tidak terurus.
Tidak ada langsung niat dan perasaan untuk melupakannya. Dia sentiasa 'hidup' dalam jiwa dan hati saya.
Saya dan Danish membersihkan kawasan sekitar pusara selepas selesai membaca surah Yaasin dan tahlil. Namun tak banyak yang boleh kami lakukan bila terik matahari mula menyengat dan membakar kulit. Kerja-kerja membersih akan kami sambung esok.
Manusia memang mudah lalai dan terlupa.
Thursday, June 17, 2010
Adik Rindu Papa
Tuesday, June 15, 2010
Demam
Hmm..semua itu memungkin dia untuk diserang demam.
Habis kerja semalam saya bawa dia ke klinik. Badannya masih lagi panas, mata berair dan hidung pun tersumbat. Kesian tengok dia macam tu. Dalam demam2 pun dia masih lagi ligat main helikopter dia. Excited nak bagi helikopter tu terbang. Memang susah nak percaya dia demam kalau tengok cara dia bermain. Masih boleh melompat sana sini. Dia memang tidak menyusahkan walaupun tidak sihat.
Demam ini memberikan hikmah tersendiri. Kebelakangan ini saya agak terlalai dari memberikan perhatian kepada Danish. Demam ini membolehkan saya memeluk, mengusap dan membelai Danish lebih dari kebiasaan. Ia menyedarkan saya bahawa si kecil itu sangat memerlukan perhatian dan kasih sayang saya. Dia hanya ada saya. Saya bersyukur dengan peringatan dariNya.
Sesungguhnya Allah amat kasih dan sayang pada hambaNya.
Sunday, June 13, 2010
Y.A.N.G.K.E.E.M.P.A.T.
Danish menyambut ulangtahun yang ke-4 pada 13/06/2010. Tahun kedua dia menyambut hari lahir tanpa papanya. Saya beritahu yang dia semakin besar dan oleh itu perlu semakin berani.
"Berani macam Papa ke Ma?" dia bertanya. Saya anggukkan kepala. "Papa awak berani. Allah bagi Papa sakit pun Papa terima dan sabar." "Adik pun nak berani, nak kuat macamPapa..cerdik macam Papa.." Katanya bersungguh.
"Mama, Papa boleh nampak tak adik ni dah besar?" Dia bertanya lagi...Saya hanya mengangguk. Dia masih belum faham rupanya..Tak mengapa, bila sampai masanya nanti, saya akan jelaskan padanya kedudukan perkara sebenar di mana papanya berada.
Happy 4th Birthday to my lil precious DANISH IKHMAN BIN RIDZAM. Mama luv u soooooo much!
TQ to Sabrina, Nabil, Hazeem, Hezriq and Huzair sebab bagi hadiah kat Danish...
Thursday, June 3, 2010
Setangkai ROS sekuntum SENYUMAN
Wednesday, June 2, 2010
Kematian
Tuesday, June 1, 2010
Kasih Sayang
Hati yang punya perasaan kasih dan sayang tidak akan sanggup menindas dan menzalimi sesama manusia. Bila luputnya kasih dalam jiwa, maka kezaliman dan penindasan akan berlaku. Suami menindas isteri, raja menindas rakyat, ketua menindas pekerja. Kuasa menjadi lambang kepada keangkuhan dan kesombongan.
Perasaan rendah diri semakin lenyap dan dada semakin mendabik megah. Perkara ini sedang berlaku dalam dunia sekarang, dari syarikat2 konglomerat sehinggalah sekecil2 perniagaan. Ianya berlaku dalam organisasi kita, di kalangan mereka yang sangat hampir dengan kita..cuma sama ada kita sedar ataupun tidak.
Semoga kita semua dilindungi oleh Allah dari mereka yang zalim dan tidak punya perasaan kasih sayang lagi. Aku berlindung denganmu Ya Allah!