A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, March 12, 2010

Suami

Suami/isteri dan anak2 kebiasannya akan menjadi orang yang paling kita sayangi. Mereka merupakan anugerah dan rahmat Allah kepada kita. Namun hakikatnya, suami/isteri dan anak2 juga adalah dugaan Allah kepada kita.

Seorang suami yang sepatutnya menjadi tulang belakang kepada sesebuah keluarga, ada ketikanya gagal memainkan peranan yang satu itu. Banyak sangat kes2 sekarang ni suami tidak menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya. Ada suami yang lebih senang hidup dengan hasil titik peluh isteri. Segala keperluan hidup tergalas di bahu isteri sedangkan dia bergaya ke hulu ke hilir, 'jual minyak' dan ada pula keinginan untuk 'pasang' lebih.

Realiti berlaku kepada sesorang yang saya kenal rapat. Berkahwin hampir 17 tahun dan selama itulah dia menjadi ketua keluarga. Usia suami sudah menginjak pertengahan 40-an tapi perangai tetap sama seperti dulu. Makan dan pakai tak pernahnya mewah. Sejak berkahwin sampai sekarang, dia yang berhempas pulas mencari rezeki untuk keluarga. Dia tabahkan hati dan perasaan demi anak2nya. Dia tidak mahu perceraian berlaku demi anak2 tapi...sampai bila keadaan ini mesti berterusan.

Saya betul2 simpati dengan nasibnya. Saya melihat dalam diri sendiri. Walaupun saya dipinjamkan suami hanya untuk 4 tahun sahaja namun saya bersyukur kerana saya diangerahkan seorang suami yang bertanggungajwab dan penyayang. Saya tak pernah melalui kepayahan serta tekanan perasaan seperti yang dilalui oleh kawan saya tu. Terfikir juga, kalau saya di tempat dia, mampu ke saya bertahan sehingga hampir 17 tahun??..

Manusia diuji dalam pelbagai cara. Kawan saya sedang diuji oleh Allah melalui suaminya. Taat dan patuhlah kepada suami selagi tidak melanggar perintah Allah. Seseorang pernah menyatakan pada saya ketika saya dalam kesusahan dahulu "Allah tidak menguji kita untuk sesuatu yang kita tak mampu hadapi dan DIA tidak menguji kita untuk sesuatu yang sia-sia. DIA Maha Pengasih, Maha Penyayang. Pasti ada sesuatu yang baik untuk kita, balasan atas kesabaran dan keredhaan kita menerima dugaannya". Saya harap kawan saya sabar dan tabah. Saya sertakan di sini potongan hadis tentang keistimewaan wanita sebagai penguat semangat kawan saya.

i. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

ii.Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

iii. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

Wallahualam..

No comments: