A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, January 9, 2009

Pagi Ini (09/01/08)

Hati agak terusik dengan tindakan individu yang seolah-olah menganggap pentadbir di sini buta dan pekak. Satu tindakan yang menzahirkan bahawa pentadbir di sini adalah batu.
Rasa marah cepat meresap dalam urat saraf bila melihat tindakan yang secara nyata adalah satu penipuan. Perubahan air muka dan body language yang dipamerkan memang menunjukkan 'dia' kurang senang dengan kehadiran aku. Berasap je aku tengok reaksi dia yang memang boleh dikategorikan 'kurang ajar' .
Insiden tu buat aku terfikir. Kenapa mesti marah bila ditegur dan 'terkantoi' sedangkan memang diri sendiri yang buat salah?. Dari aspek yang lain aku terfikir pulak lemah sangat ke pentadbiran di sini sampai orang tak
rasa apa2 nak buat salah?.
Tujuan aku jelas. Bukan nak cari kesalahan orang tapi kalau dan sah2 salah dan bukti depan mata, tak kan nak duduk diam? Aku sedang berkira-kira tindakan yang paling bijak untuk aku handle masalah ni. Sampai sekarang aku masih belum ada penyelesaian yang aku rasa paaaaaaling bijak. Kalau boleh aku nak masalah ni selesai dengan cara terbaik. Macam kata pepatah, menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan selerak. [macam KARAM SINGH WALIA plak...hehehehe!]

2 comments:

Muhammad Khalid said...

Salam, Jaja ko kena tambah satu lagi ayat Karam Singh..."RUMAH TERBAKAR PANGGIL BOMBA, HATI TERBAKAR SIAPA YANG TAHU!"

Apa2 pun kena cool...jangan emosi melangkau fikiran.

halimunanisasi said...

erm..betol kak jaja..lumrah alam..saye yang kecik nih lagi terase..apetah lagi yang besar