A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, September 25, 2008

Kanser

Kanser...satu perkataan yang saya rasa sesiapapun tak mahu ada dalam kamus hidup..menyebutnya saja cukup menakutkan inikan pula mengetahui diri menghidap penyakit tersebut. Tapi itulah realitinya..suami saya disahkan menghidap kanser pankreas tahap 4. Satu kenyataan yang amat pahit untuk diterima, satu dugaan yang amat besar untuk dihadapi.
Rasa tak percaya pada awalnya. Mengharap apa yang dikhabarkan adalah silap tapi realiti tetap realiti. Puas juga yakinkan diri untuk terima kenyataan dan berusaha selagi diberi peluang. Hilang semua rasa semarak Aidilfitri. Yang ada dalam fikiran sekarang, bagaimana pula episod kehidupan kami selepas ini?. Tak sanggup rasanya nak membayangkan kemungkinan2 yang ada. Perasaan sayu dan luluh bila merenung wajah suami dan anak bila mereka tidur.
Ijam tak pernah menunjukkan tekanan perasaan yang dihadapi secara terus, tapi saya tahu bagaimana beratnya dugaan yang sedang ditanggung dan kecamuk fikiran yang sedang dia hadapi. Yang, awak jangan putus asa..saya sentiasa bersama awak menghadapi dugaan ini. Susah senang kita bersama..Janji kita satu waktu dulu...
YA ALLAH! Aku redha dengan ketentuanMu. Hanya Engkau yang tahu apa yang terbaik untuk diriku.

2 comments:

Muhammad Khalid said...

Salam, aku tak tau nak cakap apa tapi aku tau u tabah orang nya. Moga dipermudahkan semua perkara dan hanya yang terbaik di doakan untuk hidup ini. Ujian selalunya berakhir dengan kebahagian bila kita mengharungi dengan kesabaran.

Ar-Rahman!

Anonymous said...

Puan Jaja,

kak ani begitu juga. Berat mata yg melihat, berat lagi bahu memikul. Kak ani doakan agar Allah sentiasa memberikan rahmatNYa kpd Puan sekeluarga & agar dugaan berat ini dapat dihadapi dgn penuh ketabahan dan keredhaan di atas ketentuanNya.